Merenung survival PKR
Oleh Rahman Imuda
Minggu lepas saya menghadiri dua program yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat. Pada hari Rabu yang diundang oleh Biro Pendidikan AMK Wilayah Persekutuan dan pada hujungnya saya menghabiskan masa dengan mengikuti sebuah kursus ‘demokrasi’ anjuran Pejabat Anwar Ibrahim.
Minggu lepas saya merasakan seolah-seolah saya adalah ahli PKR; oleh sebab itu saya menghabiskan sedikit masa untuk melakukan sedikit renungan pada PKR. Sebagai orang luar saya berkesempatan untuk menghadiri dua ‘kem’ bagi dua ‘kelompok’ yang ada dalam PKR.
Namun, saya tidak berminat untuk membahaskan hal ini, ia adalah hal yang biasa untuk sesebuah organisasi besar untuk memiliki konflik dan cabaran. Terpulang kepada pimpinan mereka untuk menangani masalah itu.
Pada program pertama, kami membincangkan berkenaan perpaduan dan
kesederhanaan. Forum ini sepatutnya menampilkan setiausaha politik Azmin
Ali, namun dia ada kekangan. Kalau tidak kerana jerebu; sudah tentu
kita akan merasakan teriknya isu perkauman yang melanda sejak
akhir-akhir ini.
Saya berpandangan kehadiran isu-isu ini lebih bersifat kosmetik terhadap apa yang sebenarnya berlaku. Ia adalah isu ‘tidak beres’ yang telah lama dipendamkan oleh masyarakat, lalu kewujudan isu seperti tulisan jawi, Zakir Naik adalah kenderaan untuk meluahkan rasa yang terbuku.
Ia adalah soal kemiskinan dan keadilan sosial. Walaupun masyarakat Melayu dan Bumiputera memiliki pelbagai keistimewaan, namun masalah kemiskinan dalam kalangan mereka masih besar dan ini memberikan tekanan kepada mereka.
Kemudian mereka lihat pula ‘bangsa lain’ hidup dengan kaya-raya dan menjadi ‘tuan’ di padang pekerjaan. Situasi ini menyebabkan mereka merasa; pendatang di tanah air sendiri.
Bagi masyarakat bukan Melayu atau Bumiputera pula, hak istimewa yang mereka tidak miliki menyebabkan mereka merasa diri tidak dilayan dengan adil, sedangkan mereka lahir dan cintakan negara sama seperti rakyat lain. Saya fikir ini adalah dua isu ‘core’ apabila kita membicarakan konflik di antara kumpulan Melayu dan bukan Melayu.
Kedua-dua isu ini perlu dibincangkan dengan jujur dan berani, kita tidak boleh lari lagi; sebelum ini ramai yang mahu membutakan mata kerana ‘malu’ berbicara soal yang penting ini. Akhirnya ketidakpuasan hati menggunung dan menanti hari meletus.
Adakah kita bersedia untuk mengubah polisi berasaskan kelas?
Untuk merubah atau meminda hak keistimewaan Melayu ini hanya boleh dilakukan dengan persetujuan orang Melayu. Tanpa sokongan masyarakat Melayu, ia sudah tentu gagal.
Setelah sekian lama wujudnya keistimewaan ini, nampaknya ia hanya memberi keuntungan kepada elit-elit Melayu dan kurang memberi keuntungan kepada masyarakat Melayu yang miskin.
Mengambil contoh Laporan Simpanan ASB 2018, lebih tujuh juta akaun mempunyai saiz di bawah RM5,000. Ia pula digunakan semaksimumnya oleh elitis Melayu dengan meletakkan seberapa banyak wang ke ASB untuk mendapatkan pulangan. Begitu juga yang terjadi pada Tabung Haji.
Masyarakat Melayu tidak perlu bimbang dengan polisi berasaskan kelas; kerana majoriti rakyat yang berada dalam kumpulan B40 adalah Melayu dan Bumiputera, mereka ini yang akan dibantu. Begitu juga dengan masyarakat lain; konsepnya – sesiapa sahaja yang memerlukan, perlu dibantu, tanpa mengira agama dan bangsa.
Pada akhir forum saya mengatakan, buat masa ini ia cuma angan-angan. Namun tidak mustahil dalam 20-30 tahun akan datang ia akan terjadi, asal sahaja masyarakat terus diberikan kefahaman dan politikus mempunyai ‘political will’ yang tinggi untuk melaksanakan perkara ini.
Program demokrasi untuk pengkaderan
Untuk program kedua, saya menghadiri sebuah program ‘demokrasi’ yang dijenamakan Diwan.
Program seperti ini biasa dianjurkan oleh parti politik, NGO atau ‘think tank’. Kalau dahulu jenama Sekolah Demokrasi agak popular dalam kalangan anak muda, kini ada Diwan.
Saya menjadi minoriti dalam program ini kerana bukan ahli PKR. Program ini cuba memberi ilmu tentang asas-asas yang diperlukan untuk terlibat dengan lebih aktif dalam demokrasi. Ia hampir serupa dengan program-program yang lain.
Namun, dalam program ini Presiden PKR Anwar Ibrahim sempat untuk mengadakan perbincangan dengan para peserta. Saya sempat bertanyakan soal ideologi PKR yang bagi saya sebagai orang luar menjadi salah satu penyebab penanaman biji benih ideologi dalam kalangan ahli muda mereka sedikit bermasalah.
PKR terbina atas ‘sosok’, bukan ideologi, dan hal ini diakui sendiri oleh Anwar ketika menjawab soalan.
Ideologi terbentuk selepas beberapa ketika PKR dibentuk, walaupun sebelum Anwar ditangkap ada Deklarasi Permatang Pauh.
Berbeza dengan PAS yang ada ideologi ‘Islam’ dan Umno yang ada ‘Melayu’; PKR ada ‘Reformasi’. Hal ini yang mencabar bagi mereka kerana pendefinisian ‘reformasi’ akan berubah-ubah dan dipimpin oleh ‘sosok’. Lebih-lebih lagi ia bukanlah sentimen yang kuat seperti agama dan bangsa, sebab itulah ketika PKR ditubuhkan, ramai yang melihat ia sebagai ‘bunuh diri’.
Telahan orang-orang ini telah salah kerana PKR masih berdiri sebagai parti berbilang kaum yang mempunyai kerusi terbanyak dalam Pakatan Harapan.
Jika isu ‘ideologi’ parti ini segera dibereskan (barangkali sebab ini mereka menubuhkan Diwan), maka isu disebabkan ‘sosok’ akan mula berkurang, walaupun tidak akan habis sepenuhnya.
Kembali junjung semangat reformasi
Seorang pemanjat pokok kelapa harus ingat bagaimana dia boleh naik ke atas pokok kelapa supaya nanti dia tahu turun. Jika dia terlalu asyik setelah berhasil mendapat kelapa, dia akan jatuh tersungkur.
Ahli PKR harus ingat bagaimana perjuangan mereka bermula; ia kerana sosok Anwar ketika itu dikatakan dizalimi dan ia membakar semangat masyarakat dari pelbagai kaum untuk sama-sama bangkit untuk kebaikan negara.
Reformasi akan tidak berguna kalau mereka hanya mahu berbincang seputar isu kuasa, ini antara hal yang ditekankan oleh Anwar. Ayat ini akan membuatkan saya kelihatan seperti macai; namun jika saya ada sahabat ahli PKR – saya akan menyarankan mereka menyokong kepimpinan Anwar.
Bukan kerana tidak gemar akan kelompok yang kelihatan menentangnya, namun asas organisasi adalah menghormati keputusan pimpinan dan keputusan mesyuarat pimpinan. Jika merasakan Anwar sudah tidak layak, sewajarnya individu itu mencabarnya dalam pemilihan parti.
Apabila bercakap tentang Pakatan Harapan dalam lingkungan sosial saya, ada tiga kesimpulan yang berbeza.
Pertama mereka kecewa dengan PH, kedua mereka berpuas hati dengan PH dan ketiga ada yang menanti Anwar menjadi perdana menteri.
Berbeza dengan kebanyakan rakan saya, saya harap PKR akan berjaya menyelesaikan konflik dan kembali bersatu untuk membina kerajaan yang ‘solid’.
PKR unik kerana konsep berbilang bangsanya, memang benar mereka ada banyak isu; namun sekurang-kurang ia bukan soal pergaduhan sentimen yang menyebabkan kita hilang fokus pada isu yang lebih penting. Itu adalah hal menarik sepanjang seminggu saya menjadi ‘ahli tidak berdaftar’ PKR.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.