PRK Tanjung Piai ujian kepimpinan Dr M, kerjasama Umno-PAS
PETALING JAYA: Penganalisis politik berkata, Pilihan Raya Kecil
Parlimen Tanjung Piai yang akan diadakan susulan kematian penyandangnya,
Dr Md Farid Md Rafik, bakal menguji ikrar Umno-PAS dalam Piagam
Muafakat Nasional untuk menjamin hak semua kaum dan bangsa.
Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya menjangkakan MCA akan tetap bertanding di kerusi Parlimen itu walaupun majoriti pengundinya berbangsa Melayu kerana Umno-PAS tentu mahu membuktikan ia tidak akan meminggirkan kerusi kaum lain.
“Meskipun selepas Umno-PAS sudah bersatu, mereka akan buktikan bahawa gabungan dua parti itu tidak rasis, masih beri peluang kepada MCA walaupun 90 peratus pengundi berbangsa Cina menyokong Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lepas.
“Namun, jika MCA masih gagal menang dalam PRK ini dan pengundi berbangsa Cina tetap menolak MCA dan Barisan Nasional, maka wajib untuk Umno dan PAS ambil alih kerusi tersebut pada masa akan datang.
“Apa yang bakal dilihat dalam pilihan raya kali ini adalah sejauh
mana pengundi berbangsa Cina mahu kembali menyokong MCA dan BN. Ia bakal
menguji sejauh mana kerjasama Umno-PAS mampu berikan kemenangan dalam
pilihan raya tanpa mengira calon bertanding,” katanya
Md Farid yang merupakan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dan naib ketua PPBM Bahagian Tanjung Piai, meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pontian Sabtu lalu.
Kerusi Tanjung Piai secara tradisinya menyaksikan pertembungan MCA dan DAP, tetapi DAP menyerahkan kerusi itu kepada PPBM pada PRU14 yang menyaksikan Md Farid bertanding buat kali pertama dan memenangi kerusi itu.
Md Farid memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 524 undi, menewaskan penyandang dari BN, Wee Jeck Seng yang memperoleh 20,731 undi serta calon PAS, Nordin Othman yang meraih 2,962 undi.
Pada 14 September lalu, Umno dan PAS memeterai perjanjian kerjasama yang dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional dengan lima teras untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu, kedudukan Islam dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Ia juga termasuk persetujuan tidak bertanding menentang satu sama lain dan memperjuangkan kepentingan negara, tetapi ia tidak akan mengabaikan kaum serta agama lain.
Pola undian bagi PRK tahun ini iaitu Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari lalu, DUN Semenyih (2 Mac) dan DUN Rantau (13 April) menunjukkan peningkatan sokongan pengundi kepada pembangkang selepas PRU tahun lalu manakala PH pula gagal meraih keyakinan orang Melayu selepas lebih setahun memerintah.
Awang Azman berkata, PRK kali ini akan menjadi kayu ukur terhadap populariti dan kepimpinan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad selepas PH mengambil alih Putrajaya lebih setahun.
“Terlalu awal untuk menentukan sama ada PH mampu mengekalkan kerusi dipegangnya dalam pilihan raya umum lepas, selepas setahun. Hal ini kerana terdapat banyak isu dan kebimbangan rakyat dalam isu politik dan semasa.”
Katanya, suasana politik tanah air hari ini tidak sama seperti sebelum PRU14 yang menyaksikan penolakan rakyat terhadap BN sangat ketara kerana ia kini bekerjasama dengan PAS.
Peluang PH menang tipis
Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, PH sukar mempertahankan kerusi Parlimen itu kerana populasi pengundi dan persepsi pengundi Melayu yang PPBM tidak mampu mempertahankan hak kaum itu.
“Lebih baik sekiranya PH melupakan perselisihan dalaman mereka buat sementara waktu. Jika di pihak pembangkang, keputusan PRK ini adalah untuk menguji kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi dalam Umno, manakala bagi PH, ia adalah ujian untuk Mahathir.
“Persepsi ini menyukarkan lagi peluang PH, tambahan pula 52 peratus adalah pengundi Melayu, maka keadaan ini agak getir. Pada masa sama, tidak dinafikan sekiranya MCA berjaya memperoleh kerusi di Parlimen itu, ia banyak dibantu Umno dan PAS.”
Calon PH
Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia melihat potensi Ketua PPBM Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini dipilih mewakili PH untuk PRK ini.
Ini kerana katanya, Karmaine ialah anak tempatan yang diterima baik rakyat dan hanya tewas 833 undi sewaktu bertanding di kerusi Parlimen Pontian pada PRU14.
“Beliau berkorban dengan bertanding di Pontian melawan calon lebih kuat, iaitu Ahmad Maslan dalam pilihan raya umum lalu, bagi memberi peluang kepada Dr Md Farid bertanding di Tanjung Piai.
“Beliau kalah dengan majoriti kecil saja. Jika mahu dikatakan kekurangan ialah beliau sudah sedikit berusia.”
Katanya, penting untuk PPBM mencari pemimpin yang boleh menggalas tugas dan peranan dimainkan Md Farid sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
“Negara kita sedang menghadapi masalah dari aspek perpaduan rakyat dan keharmonian negara, sama ada antara kaum atau sesama kaum, khususnya kaum majoriti, iaitu Melayu.“Hal ini kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy sering dikecam kerana didakwa gagal menjalankan tugas dengan baik.
“Bagi mengimbangi imej negatif Waytha, maka sangat sesuai jika PPBM memilih seorang tokoh muda berpendidikan tinggi, berpandangan jauh dan diterima semua golongan untuk dilantik timbalan menteri bagi menggalas tugas Md Farid.”

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.