https://critoxium.com/shop/

Terkini

Modi tidak minta Dr Zakir dihantar pulang - PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri India, Narendra Modi tidak membangkitkan permintaan supaya pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik dihantar pulang ke negara asalnya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, dalam pertemuannya dengan Modi baru-baru ini, rakan sejawatnya itu hanya menyebut mengenai Dr Zakir, tetapi tidak meminta individu berkenaan dihantar pulang.

“Saya jumpa Narendra Modi, beliau tidak bangkit isu (hantar pulang), beliau ada sebut mengenai Dr Zakir, tetapi beliau tidak minta Dr Zakir dihantar pulang,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Kerangka Dasar Luar Negara Malaysia Baharu di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Dr Mahathir dan Modi mengadakan mesyuarat dua hala sebelum Sidang Kemuncak Ekonomi Timur yang berlangsung di Russia.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.