Sempena termeterainya piagam yang membawa kepada penyatuan ummah di
antara Umno dan PAS, aku nak mencoret sedikit kenangan buat para pelayar
media dalam talian. Mudah-mudahan ia memberi kebaikan kepada kalian dan
aku juga.
Brother Azhar (atau nama rasmi beliau: Azhar Idrus)
ketika menjawab satu soalan yang berbunyi: "Apakah pandangan (ustaz) PAS
bekerjasama dengan Umno sekarang ini?" menyifatkan kumpulan yang tidak
bersetuju dengan kerjasama itu sebagai menentang Islam lalu berdosa.
Memetik
jawaban beliau dalam sepotong klip video, Bro Azhar berkata: "(Kena)
tengok tujuan. Tujuannya (kerjasama tersebut) supaya Islam kembali
selamat daripada dijatuhkan oleh musuh-musuh kafir laknatullah, maka
bekerjasama sekarang hukumnya wajib. Siapa yang menentang adalah berdosa
dan dilaknat oleh Allah. Allah sebut dalam Quran (maksudnya) “Berpegang
teguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan berpecah belah…”
Adakah kalian rasa kata-kata itu boleh terima?
Iklan
Aku
perjelaskan begini. Pertama Bro Azhar kata tujuan kerjasama di antara
PAS dan Umno adalah untuk menyelamatkan Islam. Ini aku tak mahu komen.
Mereka berhak dakwa demikian.
Kedua, dia kata ada musuh-musuh
Islam daripada kalangan kafir yang dilaknat Allah sedang mengancam
Islam. Ini pun aku malas komen. Kita boleh andaikan mereka bersatu untuk
lawan Israel atau musuh Islam yang ada di sekeliling mereka.
Ketiga,
kerjasama PAS - Umno adalah wajib. Ini juga terserah kepada dia dan
mereka. Jika dia rasa ia wajib, tidaklah bermakna semua orang wajib
mengikuti pandangan dia dan mesti menyokong dan bekerjasama pula dengan
Umno dan PAS.
Seterusnya bahagian keempat. Ini ada isu bagi aku,
tapi terpulanglah kepada kalian. Dia kata sesiapa yang menentang
kerjasama Umno dan PAS - yang didakwa demi Islam itu - maka berdosa dan
dilaknat Allah.
Cuba pejam mata seketika
Mana
hujah dia bahawa sesiapa yang menolak kerjasama Umno dan PAS itu
berdosa? Bukannya semua dalam Umno itu Muslim, dan bukannya selain Umno
dan PAS itu semuanya kafir sehingga dia mendakwa kerjasama berkenaan
seperti sebuah agama.
Bagaimana Bro Azhar mahu jelaskan bahawa sesiapa yang menentang kerjasama PAS dan Umno sama macam menentang Islam dan umatnya?
Bukankah
Umno dan PAS itu hanya parti politik? Bebas untuk menyertai parti itu
dan harus menentangnya jika ada idea mereka yang tidak dipersetujui.
Kita
hidup dalam dunia politik demokrasi. Kita berhak dan bebas
berpendirian. Apakah politik paksaan ini wajah baru buat PAS dan Umno di
Malaysia?
Lebih menonjol kekerasan Bro Azhar apabila dengan
berani dan selamba menekankan bahawa mereka yang menentang kerjasama itu
akan "dilaknat Allah".
Dia Malaikatkah? Dia Nabikah? Tentulah
tidak. Bagaimana dia boleh berhujah sedemikian? Mana dia tahu? Kalian
tentu faham, kan, bahawa laknat ini maksudnya seseorang itu sudah jauh
daripada rahmat Allah. Dibenci Allah.
Cuba kita pejam mata dan
bu
ka semula. Selain Umno, PAS dan penyokong mereka, semuanya manusia
dibenci Allah. Berat ni bro, berat. Berat nanang.
Aku
pun tak dapat menghadam cara Bro Azhar berfikir dan berhujah. Kalau
dilihat cara dia mengajar dan berhukum pun, selalunya lari jauh daripada
disiplin usul fiqh dan kaedah fiqh. Tiada nilai akademik.
Jika
nak promosi gagasan penyatuan ummah, lakukan sajalah. Tidak ada yang
dapat menghalang.
Kalau nak mencipta alasan mahupun sebab untuk
penyatuan, ikut sajalah. Negara bebas, kan kita ni?
Bukan senang
nak menjejakkan kaki ke PWTC memakai baju bulan. Bro Azhar boleh terus
menyokong dan boleh juga masuk bertanding nanti. Untung nasib, boleh
jadi MB Terengganu. Mana tahu, kan?
Kenapa aku kongsikan hal ini
di sini? Sebab aku rasa rakyat Malaysia perlu sedar Bro Azhar tidak
memiliki hujah untuk dengan mudah mengatakan orang yang menentang
kerjasama PAS dan Umno berdosa dan dilaknat Allah.
Seberat Bukit Uhud
Tapi
dia ada pengaruh yang besar. Apabila seorang guru melaknat, maka anak
murid boleh sampai mengkafirkan orang. Itu yang aku takut sangat.
Orang
Islam di Malaysia mesti menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa
pendakwah-pendakwah yang bersyarah ikut sedap lidah masing-masing
sehingga khabarnya kadang-kadang ada yang menyediakan soalan untuk diri
sendiri lebih awal.
Tujuannya? Antara lain untuk memasarkan diri
masing-masing dalam carta penceramah setempat. Khabarnya, ada, tetapi
aku tak tahulah siapa.
Islam yang rahmah itu ialah Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW, bukan yang dibawa Dr Mujahid Yusof atau Dr Mahathir Mohamad.
Jika
mereka alergi sangat dengan pendekatan rahmah, tidaklah perlu melaknat
orang di sana sini.
Melaknat itu mudah tetapi tanggungjawab pada lidah
yang menutur seberat Bukit Uhud.
Itu kiasan aku sendirilah.
Apabila
seorang kawan bertanya sama ada aku nak tulis atau tidak isu ni, aku
balas yang aku dah muak menulis pasal penunggangan agama. Eh, bila masa
pulak aku rajin menulis? Hahaha.
Sebab gerakan ini disulami
dengan kalimah jihad dan dipimpin pula oleh ulama yang serbannya besar.
Sedangkan aku pakai jeans saja kot. Aku kata, baik laknat balik daripada
menulis.
Namun, aku tak tergamak nak melaknat orang yang melaknat aku, maka aku menulis di sini untuk bacaan semua. Terima kasih kepada Malaysiakini yang menyiarkan tulisan aku ini dan aku faham ia tidak semestinya pendirian portal itu.
Dan aku harap editor Malaysiakini kekalkan sahaja ganti nama aku ni. Tidak perlulah tukar kepada "saya" atau "ana".
Membahasakan diri sebagai "aku" dalam menulis lebih mulia daripada menggunakan kalimah laknat kepada seteru politik.
OK,
aku nak sambung ‘main salji’ di sini. Tenangkan fikiran di permusafiran
ini. Harap orang Malaysia tabah dengan negara dan kehidupan yang sedang
dibaham oleh pendakwah-pendakwah yang mendakyah. IBNU JUBBAH
ialah nama pena seorang anak muda yang sedang menyiapkan pengajiannya
dalam bidang hak asasi manusia menurut Islam serta berminat dengan
politik tanah air.
Murahnya kalimah laknat di lidah penceramah
Reviewed by editorreformis
on
September 14, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Antara modal sebahagian pimpinan PAS untuk mengajak masyarakat Islam mendokong perjuangannya ialah melabelkan hanya PAS "jamaah Islam...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.