Pakatan UMNO-Pas: GPS memilih untuk bersendirian - Abang Jo
KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) lebih selesa dan
memilih bergerak bersendirian daripada menyertai mana-mana parti politik
dari Semenanjung Malaysia, kata pengerusinya Datuk Patinggi Abang
Johari Tun Openg.
Abang Johari, yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata mereka sekarang memfokus kepada pembangunan negeri ini dan ingin memberikan sesuatu kembali kepada rakyat.
"Kami lebih suka bergerak bersendirian. Jika kami jaga rumah kami
dengan baik, maka ramai orang akan datang melabur," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan Centexs-SMA Safari 2019, di sini hari ini.
Abang Johari diminta mengulas tentang kolaborasi UMNO-PAS yang menyaksikan dua parti Melayu itu menandatangani memorandum kerjasama dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional.
Memorandum itu ditandatangani
oleh kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)
dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS).
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) keluar BN pada Mei 2018 dan bertindak membentuk GPS.
-- BERNAMA
Abang Johari, yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata mereka sekarang memfokus kepada pembangunan negeri ini dan ingin memberikan sesuatu kembali kepada rakyat.
Abang Johari diminta mengulas tentang kolaborasi UMNO-PAS yang menyaksikan dua parti Melayu itu menandatangani memorandum kerjasama dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) keluar BN pada Mei 2018 dan bertindak membentuk GPS.
-- BERNAMA
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.