https://critoxium.com/shop/

Terkini

Sijil Halal: 'Tindakan pemimpin terdesak' - Dakwaan Ismail Sabri disanggah Fuziah

KUALA LUMPUR: Kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Ismail Sabri Yaakob yang mendakwa persijilan logo halal kini di bawah Kementerian Kewangan merupakan satu kenyataan yang menyeleweng, fakta yang salah dan berunsur fitnah.

Menurut Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh, kenyataan itu adalah berniat jahat demi menanam ketakutan dalam kalangan orang Melayu Islam kononnya kerajaan Malaysia Baharu dipimpin oleh parti DAP.
“Saya menggesa agar beliau memohon maaf dan kenyataan ini ditarik balik serta diperbetulkan bagi mengelakkan salah faham berkaitan aspek halal dalam agama, atau bersedia berhadapan dengan tindakan undang-undang.

"Ia merupakan tindakan seorang pemimpin yang terdesak dan bankrap sokongan rakyat," kata Fuziah.
Beliau turut menegaskan bahawa pensijilan logo halal masih tertakluk di bawah bidang kuasa Jakim dan tidak pernah diuruskan oleh badan atau agensi lain.

Jakim melalui Bahagian Pengurusan Halalnya menguruskan aspek-aspek berkenaan persijilan termasuk prosedur persijilan, takrifan halal serta sistem jaminan halal.

Merujuk laporan akhbar dalam talian Star Online pada Sabtu, Ahli Parlimen Bera itu mengeluarkan kenyataan tersebut sewaktu berucap dalam Himpunan Penyatuan Ummah.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.