https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tidak logik Hadi dakwa Nik Aziz setuju kerjasama PAS-Umno, kata Mujahid

KUALA LUMPUR Tidak logik mendakwa Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merestui kerjasama di antara Umno dan PAS, kata Parti Amanah Negara (Amanah).

Naib presidennya berkata bekas mursyidul am PAS sudah lama meninggal dunia maka persetujuan itu tidak berbangkit, lapor Free Malaysia Today.

“Mana dia tahu setuju? Nik Aziz sudah meninggal dunia sebelum piagam hari ini. Hebat Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh tahu setuju ke tidak.

“Hadi dan PAS mewajarkan apa sahaja untuk menenangkan pengikut PAS yang setia dengan Nik Aziz dan tidak selesa dengan penyatuan ini.

“Walaupun jawab cara tidak logik tentang Nik Aziz,” kata Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.
Presiden PAS hari ini mendakwa Nik Abdul Aziz pernah bersetuju berhubung penyatuan PAS dan Umno ketika masih hidup.

Hadi berkata Nik Abdul Aziz memberi persetujuan berkenaan dalam satu pertemuan Majlis Syura Ulama ketika hayatnya.

PAS dan Umno mencipta sejarah selepas memeterai piagam kerjasama di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.