Nik Aziz pernah restu kerjasama Umno-PAS, kata Hadi
KUALA LUMPUR, — PAS mendakwa kerjasama dengan Umno
dipersetujui bekas mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika
Allahyarham masih hidup.
Malah, menurut Datuk Seri Abdul Hadi Awang perkara itu pernah dibincang dalam mesyuarat parti, lapor Sinar Harian.
“Taawun (kerjasama) ini ialah satu istilah yang sudah
sepakat dengan Nik Aziz ketika beliau masih hidup kerana kerjasama
(dengan Umno) pernah ada zaman 70-an dulu,” kata presiden PAS kepada
media.
“Taawun dibincangkan Majlis Syura Ulamak pada masa Nik Aziz masih hidup lagi.”
Portal
itu menyatakan, bekas menteri besar Kelantan itu pernah memohon agar
PAS dan Umno dibubar bagi membentuk parti baru berlandaskan Islam.
Cadangan tersebut dipercayai dibuat ketika Muktamar Dewan Ulama parti Islam itu pada 2008 di Machang.
Malah, menurut Datuk Seri Abdul Hadi Awang perkara itu pernah dibincang dalam mesyuarat parti, lapor Sinar Harian.
“Taawun dibincangkan Majlis Syura Ulamak pada masa Nik Aziz masih hidup lagi.”
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.