Pendaftaran Dong Zong Johor dibatalkan RoS
KUMPULAN pendidikan Cina Dong Zong memfailkan rayuan kepada
Kementerian Dalam Negeri kerana pembatalan pendaftaran cawangan Johor
persatuan itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
Ahli Jawatankuasa Pusat Dong Zong Low Cheen Chong berkata mereka menerima surat pembatalan pendaftaran yang bertarikh 8 Ogos itu daripada pengarah RoS Johor pada 20 Ogos lalu.
“Dalam surat itu, RoS memaklumkan yang rayuan boleh dibuat kepada Kementerian Dalam Negeri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh surat.
“Jumaat lepas, kami menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.
“Kami berharap dalam berjumpa dengan menteri dalam negeri dalam masa terdekat untuk menyelesaikan isu pendaftaran pertubuhan,” katanya.
Jelasnya, Dong Zong menerima surat tunjuk sebab daripada RoS Johor berkaitan perlembagaan persatuan itu yang bercanggah dengan Akta Pertubuhan 1966 disebabkan penglibatan guru sebagai ahlinya.
“Dong Zong Johor berbeza dengan Selangor. Mereka ada sejarah sendiri. Ia ditubuhkan pada 1955, lebih awal berbanding Akta Pertubuhan 1966. Selama ini tidak pernah ada masalah.
“Jadi Dong Zong negeri sudah berjumpa dengan pegawai pendidikan Kementerian Pendidikan selepas RoS mencadangkan cawangan negeri itu didaftarkan di bawah kementerian kerana penglibatan para guru.
“Sepucuk surat sudah dihantar pada Mac dan Kementerian Pendidikan menjawab mereka tidak terlibat dan perkara itu perlu dirujuk kepada RoS.
“Pegawai ketika itu berkata ia boleh diselesaikan,” katanya.
Tambahnya, Dong Zong Johor berbincang dengan RoS untuk meminda perlembagaan pertubuhan itu supaya selaras dengan Akta Pertubuhan.
“Pertubuhan boleh mengubah perlembagaan untuk membuang perkara penglibatan guru. Rundingan sedang dilakukan dan ia berjalan lancar.
“Pada Julai juga, RoS berkata ia akan merujuk perkara itu kepada jabatan undang-undang dan memberitahu secara prinsipnya ia tidak akan wujud masalah,” katanya.
Bagaimanapun, Dong Zong Johor menerima surat pembatalan pertubuhan daripada RoS selepas itu.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.