Semua selesa Amanat Haji Hadi
Oleh Subky Latif
TIMBALAN Menteri, Raja Baharin tidak cerdik menempelak ‘Amanat Haji Hadi’ setelah sekian masa berada dalam PAS.
Isu Amanat itu mungkin tercetus lama sebelum Raja Baharin berdekat dengan PAS bahkan mendekati pemimpin PAS itu.
Raja Baharin hanya dikenali masyarakat
Terengganu setelah dia berjaya membebaskan dua anaknya dari jagaan bekas
isterinya di Australia.
Kejadian gempar itu berlaku lama selepas tercetusnya isu Amanat itu.
Masyarakat luar PAS - politik dan tidak
politik - melihat isu itu suatu yang buruk, negatif dan jijik. PAS
dicemuh dan dijauhi oleh semua. Boleh dikira ia adalah masa payah bagi
PAS.
PAS adalah tubuh dan padu menghadapi
cabaran itu. Sekalipun Tuan Guru Abdul Hadi sudah jadi orang terkenal
masa itu tetapi bukan orang paling kanan dalam pimpinan PAS.
Ramai lagi lebih kanan daripadanya
seperti Haji Yusof Rawa, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Fadzil Noor dan
beberapa ulama kanan dalam Majlis Syura Ulamak.
Tetapi semuanya tidak mencela dan
menempelak Amanat itu dan peranan Tuan Guru Abdul Hadi dalam PAS. Bahkan
PAS dan sekalian penyokongnya selesa dengan politik beliau dan semuanya
menerimanya.
Ketika semua di luar PAS cemuh beliau
Raja Baharin, mungkin tidak rapat dengan PAS dan Tuan Guru itu, tetapi
dia tidak diketahui tidak suka pada PAS. Bahkan pemimpin PAS Terengganu
dan masyarakat PAS tidak melihatnya sebagai orang bermasalah dengan PAS.
Tidak diketahui berapa lama dia sudah
jadi ahli PAS. Tetapi PAS tidak melihatnya orang asing. Jika isu Amanat
itu berubah negatif sepatutnya Raja Baharin tidak boleh dekat dengan PAS
dan mesti menjauhkan diri daripada PAS.
Sebaliknya dia diyakini oleh PAS hingga menerimanya sebagai calon dan apakah sumbangannya sehingga dia diterima jadi calon.
Kuala Terengganu adalah kawasan baik bagi PAS. Mustafa Ali, Syed Azman, Wahid Endut antara calon PAS pernah menang di situ.
Dalam orang kanan PAS, PAS terima Raja Baharin jadi calon.
Jika parti itu dan amanat itu negatif bagi perpaduan Melayu dan Islam. Raja Baharin jangan dekat parti itu.
Tidak dipastikan apa masalah dia boleh berbalah dengan PAS hingga dia tidak popular dengan orang PAS.
Dipercayai masalah peribadi dengan orang
PAS tetapi tidaklah kerana Amanat itu. Dia terus dipercayai, tidak
faham dengan kerenah politik, maka dia tercampak daripada PAS atau dia
mencampak dirinya daripada PAS.
Isu Amanat itu tercetus awal 80-an.
Sejak itu yang menyertai PAS tidak kurang, bahkan ramai. Amanat itu
tidak jadi kayu ukur orang benci PAS. Berduyun-duyun orang menyertai
PAS.
Isu itu tidak menyebabkan Tuan Guru
Abdul Hadi ditolak, bahkan beliau diterima sebagai Presiden PAS. Dalam
masa pimpinannya hubungan dengan DAP bertambah rapat dan PKR terus
mengosongkan tempat PAS dalam PH sehinggalah dia digantikan oleh parti
serpihannya.
Sesudah pecah dengan DAP, Wan Azizah
terus mengharapkan PAS wajar bersama PH sekalipun isu Amanat Haji Hadi
tidak pernah dilupai orang.
Anwar Ibrahim bukan orang yang suka
dengan Amanat itu, tetapi dia terima PAS dan Tuan Guru Abdul Hadi
penting dalam membentuk Pakatan Rakyat dan kemudian PH.
PAS terkeluar daripada Pakatan bukanlah kerana Amanat itu tetapi PAS yang tolak Anwar, Pakatan dan PH.
Spesis Ikram yang ramai dalam PAS sejak
dulu tahu buruk baik dan untung ruginya isu Amanat itu bagi PAS. Mereka
tahu Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Harun Taib dan lain-lain ragu penyertaan
mereka dalam PAS. Tetapi mereka senang dengan Tuan Guru Abdul Hadi yang
melayan mereka walaupun mereka tahu Tok Guru itu memikul beban atas isu
Amanat Haji Hadi.
Mereka kerumun PAS kerana sukakan Tok Guru.
Antara mereka Tok Guru beri layanan
bilik hawa dingin. Layanan Tok Guru itu mereka sangka boleh berpeluang
mengambil alih pimpinan PAS.
Ramai yang jadi pimpinan PAS selesa jadi pemimpin PAS walaupun mereka tahu kesan isu Amanat.
Amanat tidak halang mereka memenuhi PAS
tetapi mereka tidak senang dengan pimpinan Tok Guru kerana Tok Guru
tidak terima Anwar jadi PM dan tidak senang DAP halang PAS untuk
perjuang Islam melalui Pakatan.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.