Syed Saddiq bantah kenaikan usia persaraan
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,
membantah cadangan meningkatkan had umur persaraan daripada 60 tahun
kepada 65 tahun seperti dilakukan beberapa negara maju termasuk
Singapura.
Beliau berkata, kerajaan seharusnya memberi fokus kepada menyediakan peluang pekerjaan berkualiti kepada generasi muda bukan menyekat potensi mereka.
Katanya, anak muda juga perlu diberi peluang seluas-luasnya untuk kenaikan pangkat dan memastikan masa depan mereka terjamin dari segi peluang pekerjaan.
“Saya membantah cadangan untuk menaikkan umur persaraan daripada 60 tahun ke 65 tahun.
“Perbandingan dengan negara maju tidak tepat. Kadar pengangguran belia di Jepun adalah 3.4 peratus, Singapura 5.9 peratus dan Jerman 6.2 peratus.
“Di Malaysia seramai 500,000 anak muda masih menganggur atau 10.7 peratus,” katanya dalam rakaman video yang dimuat naik di akaun Twitternya, hari ini.
Kementerian Sumber Manusia dilaporkan memperhalusi cadangan meningkatkan had umur persaraan daripada 60 tahun kepada 65 tahun seperti dilakukan beberapa negara maju termasuk Singapura.
Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, berkata cadangan akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diputuskan.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebelum ini memohon kerajaan memperkenal pemberian COLA minimum RM500 kepada pekerja sektor swasta dan meningkatkan had umur persaraan kepada 65 tahun.
Setiausaha Agung MTUC, J Soloman, dilaporkan berkata, cadangan itu diharap dapat diperkenalkan menerusi Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan 11 Oktober ini untuk memberi perlindungan sewajarnya kepada pekerja, selain meningkatkan tahap ekonomi rakyat terpinggir.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.