Tulisan jawi diguna dalam urusan Islam di Johor tahun depan
JOHOR BARU, — Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menggunakan tulisan jawi
dalam segala urusan surat menyurat mereka pada tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata pelaksanaan berkuatkuasa 1 Januari itu akan melibatkan kesemua anak syarikat di bawah JAINJ dan MAINJ.
“Pelaksanaan ini juga termasuklah di peringkat pejabat
kadi, sekolah-sekolah agama dan digunakan dalam teks-teks
ucapan,”katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Sambutan Maal
Hijrah Peringkat Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar,di sini, hari
ini.
Tosrin berkata untuk memartabatkan lagi tulisan jawi sebagai simbol agama Islam di negeri ini, satu jawatankuasa juga turut akan ditubuhkan.
Sementara
itu, Menteri Besar Johor Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata beliau
menyokong sepenuhnya usaha menggunakan tulisan jawi itu kerana dapat
memperkasakan lagi tulisan berkenaan di negeri ini.
“Semua di bawah jabatan agama Islam (termasuk MAINJ) mestilah menggunakan tulisan jawi untuk memperkasakannya.
“Kalau kita hendak mengaji, kita mesti tahu baca dan tulis jawi, jadi ia sedikit sebanyak dapat memahirkan kita untuk mengaji. Jadi saya harap seluruh masyarakat terutama orang Islam dapat menghayati dan belajar tulisan ini,” katanya. — Bernama
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata pelaksanaan berkuatkuasa 1 Januari itu akan melibatkan kesemua anak syarikat di bawah JAINJ dan MAINJ.
Tosrin berkata untuk memartabatkan lagi tulisan jawi sebagai simbol agama Islam di negeri ini, satu jawatankuasa juga turut akan ditubuhkan.
“Kalau kita hendak mengaji, kita mesti tahu baca dan tulis jawi, jadi ia sedikit sebanyak dapat memahirkan kita untuk mengaji. Jadi saya harap seluruh masyarakat terutama orang Islam dapat menghayati dan belajar tulisan ini,” katanya. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.