Usah jadikan isu sindiket MyKad modal politik
Semua pihak perlu bersama-sama
berganding bahu membasmi sindiket kad pengenalan (MyKad) dan mengelak
daripada mempolitikkan isu berkenaan, kata Setiausaha Politik Ahli
Parlimen Iskandar Puteri, Syahredzan Johan.
Menurut beliau, tindakan Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa yang mempolitikkan isu sindiket MyKad dengan membuat dakwaan palsu dan tidak berasas di media sosial adalah amat tidak wajar.
“Saya menggesa pihak-pihak seperti Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang telah membuat dakwaan palsu dan tidak berasas melalui ciapannya di Twitter pada 23 September 2019, 11 malam untuk tidak mengambil kesempatan menggunakan isu ini sebagai modal politik.
“Semua pihak harus bersatu untuk membasmi sindiket ini,” tegas Syahredzan dalam kenyataan, hari ini.
Annuar Musa mendakwa kononnya “urusan beri Mykad hak negeri Pulau Pinang sejak dulu”.
Tuduhan pemimpin UMNO itu jelas tidak berasas dan dipercayai dipetik daripada imej palsu berunsur fitnah yang disebarkan di media sosial sejak minggu lalu.
Beberapa laporan polis telah dibuat oleh DAP berhubung dakwaan yang dipetik Annuar Musa itu.
Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh pada 14 September lalu meminta polis menyiasat laman Facebook ‘PAS Kawasan Bukit Gantang’ yang didakwa membuat hantaran palsu yang memfitnah kerajaan Pulau Pinang dan bekas Ketua Menterinya, Lim Guan Eng kononnya terlibat dengan sindiket MyKad.
Sementara itu, Adun Komtar merangkap
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Teh Lai Heng pada
21 September lalu membuat laporan polis berhubung penyebaran poster
berunsur fitnah.
Menurut beliau, tindakan Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa yang mempolitikkan isu sindiket MyKad dengan membuat dakwaan palsu dan tidak berasas di media sosial adalah amat tidak wajar.
“Saya menggesa pihak-pihak seperti Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang telah membuat dakwaan palsu dan tidak berasas melalui ciapannya di Twitter pada 23 September 2019, 11 malam untuk tidak mengambil kesempatan menggunakan isu ini sebagai modal politik.
“Semua pihak harus bersatu untuk membasmi sindiket ini,” tegas Syahredzan dalam kenyataan, hari ini.
Annuar Musa mendakwa kononnya “urusan beri Mykad hak negeri Pulau Pinang sejak dulu”.
Tuduhan pemimpin UMNO itu jelas tidak berasas dan dipercayai dipetik daripada imej palsu berunsur fitnah yang disebarkan di media sosial sejak minggu lalu.
Beberapa laporan polis telah dibuat oleh DAP berhubung dakwaan yang dipetik Annuar Musa itu.
Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh pada 14 September lalu meminta polis menyiasat laman Facebook ‘PAS Kawasan Bukit Gantang’ yang didakwa membuat hantaran palsu yang memfitnah kerajaan Pulau Pinang dan bekas Ketua Menterinya, Lim Guan Eng kononnya terlibat dengan sindiket MyKad.
DAP PERAK LAPOR POLIS STATUS FB PAS KAWASAN BUKIT GANTANGDAP telah membuat satu laporan polis terhadap satu hantaran…
Roketkiniさんの投稿 2019年9月14日土曜日
Laporan Polis 1. Saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Komtar merangkap Setiausaha Politik Kepada…
Teh Lai Heng 郑来兴さんの投稿 2019年9月21日土曜日
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.