Minat ikan laga? Daftar dulu di Jabatan Perikanan Negeri
PORT DICKSON, 14 Okt — Peminat ikan Laga atau Betta di negeri ini
disaran supaya berdaftar dengan Jabatan Perikanan negeri bagi tujuan
penyimpanan data dan juga bantuan yang boleh disalurkan jabatan itu,
kata Pengarah Perikanan Negeri Sembilan Halimi Abu Hanip.
Beliau berkata ini termasuklah bantuan dalam memberikan kursus kepada mereka dalam aspek penjagaan dan makanan.
“Ini sudah pasti akan dapat mengembangkan lagi industri
ikan hiasan ini selain dapat menyuntik semangat keusahawanan, terutama
dalam kalangan golongan belia yang didapati menjadi trend sekarang ini
sebagai usahawan ikan hiasan ini (Betta).
Sebenarnya ikan Betta Malaysia berpotensi dipasarkan ke luar negara, malah, sudah ada penternak yang berjaya membuat jualan sehingga ke Jerman dan Itali, tetapi bukanlah dengan kuantiti yang besar kerana kebanyakannya dijual secara dalam talian dan menggunakan khidmat kurier," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian penutup
Pertandingan Ikan Betta Peringkat Negeri Sembilan 2019 yang
disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri
Asas Tani negeri Bakri Sawir di Pusat Ikan Hiasan (PIH) di sini.
Mengulas
lanjut, beliau berkata ikan Betta atau juga dikenali sebagai 'ikan
laga' atau 'pelaga' atau 'pelaga Siam' merupakan ikan hiasan yang cukup
popular dan mempunyai ramai peminat di seluruh Malaysia dan luar negara.
“Sektor ikan hiasan sememangnya industri perikanan yang penting dalam negara, selain pengeluaran akuakultur atau pendaratan ikan untuk makanan. Ini kerana sektor khusus untuk penggiat hobi ini telah berjaya mengeluarkan 325 juta ikan pada tahun 2017 sahaja.
“Perkara itu juga sekali gus telah berjaya menjana pulangan yang bernilai RM340 juta kepada pendapatan negara," katanya.
Terdahulu, pertandingan itu dimenangi Muhammad Amirul Aizet Jamaluddin dari Batu Cave, Selangor yang membawa pulang wang tunai RM1,500 dan trofi. — Bernama
Beliau berkata ini termasuklah bantuan dalam memberikan kursus kepada mereka dalam aspek penjagaan dan makanan.
Sebenarnya ikan Betta Malaysia berpotensi dipasarkan ke luar negara, malah, sudah ada penternak yang berjaya membuat jualan sehingga ke Jerman dan Itali, tetapi bukanlah dengan kuantiti yang besar kerana kebanyakannya dijual secara dalam talian dan menggunakan khidmat kurier," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
“Sektor ikan hiasan sememangnya industri perikanan yang penting dalam negara, selain pengeluaran akuakultur atau pendaratan ikan untuk makanan. Ini kerana sektor khusus untuk penggiat hobi ini telah berjaya mengeluarkan 325 juta ikan pada tahun 2017 sahaja.
“Perkara itu juga sekali gus telah berjaya menjana pulangan yang bernilai RM340 juta kepada pendapatan negara," katanya.
Terdahulu, pertandingan itu dimenangi Muhammad Amirul Aizet Jamaluddin dari Batu Cave, Selangor yang membawa pulang wang tunai RM1,500 dan trofi. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.