Tun M, Siti Hasmah bersantai Pantai Chenang, pelancong teruja
LANGKAWI — Suasana Pantai Chenang, lokasi tumpuan pelancong
di pulau peranginan bebas cukai ini, bertambah meriah malam tadi dengan
kehadiran pemimpin nombor satu negara, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri serta isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohammad Ali tiba pada jam 8.20 malam di kedai roti dan kafe The Loaf di Chenang Plaza di sini.
Kehadiran Dr Mahathir dan isteri itu mencetuskan keterujaan buat pelancong dalam dan luar negara.
Keadaan sekitar kedai tersebut dan Jalan Pantai Chenang menjadi sesak dengan kehadiran ramai pengunjung yang menunggu peluang untuk bergambar dengan negarawan itu dan isteri.
Pasangan VIP itu meluangkan masa di The Loaf hampir sejam.
Dr
Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi turut meluangkan masa
meninjau kawasan sekitar Jalan Pantai Chenang sebelum bergerak pulang. —
Bernama
Perdana Menteri serta isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohammad Ali tiba pada jam 8.20 malam di kedai roti dan kafe The Loaf di Chenang Plaza di sini.
Keadaan sekitar kedai tersebut dan Jalan Pantai Chenang menjadi sesak dengan kehadiran ramai pengunjung yang menunggu peluang untuk bergambar dengan negarawan itu dan isteri.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.