https://critoxium.com/shop/

Terkini

SPR umum PRK Tanjung Piai pada 16 November

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor P165 pada 16 (Sabtu) November depan.

Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun berkata penamaan calon ditetapkan pada 2 November (Sabtu) manakala tarikh mengundi awal ialah pada 12 November (Selasa) .

“Tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas penamaan calon dan berlangsung sehingga 11.59 malam pada 15 November  2019.

"Tarikh buka dan tutup permohonan undi pos pengundi dalam dan luar negara adalah pada 1 Oktober dan ditutup pada 31 Oktober.

"Anggaran kos bagi menjalankan PRK ini adalah RM 2.67 juta," katanya dalam sidang media di Menara SPR, Putrajaya, hari ini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.