https://critoxium.com/shop/

Terkini

Bayar faedah hutang 1MDB hampir RM14 bilion, kata timbalan menteri

Kerajaan terpaksa membayar hampir RM14 bilion untuk faedah bagi hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.

Beliau berkata jumlah pembayaran faedah 1MDB itu sepatutnya dapat digunakan untuk pelbagai program bagi manafaat rakyat.

“Kita berharap tidak lagi berlaku (tindakan menyeleweng) kepada mereka yang diberikan amanah untuk mentadbir negara,” katanya pada sesi ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, malam tadi.

“Setakat ini, kita hanya membayar faedah hutang 1MDB, (hutang) pokoknya yang berjumlah RM36 bilion, masih belum dibayar,” katanya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini berkata kerajaan mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB itu. — Bernama

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.