Jangan curah minyak di Tanjung Piai
Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed
Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai menyaksikan pertembungan enam penjuru yang cukup menarik. Boleh dikatakan ini antara PRK yang paling sengit selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Walaupun persaingan enam penjuru, tetapi hakikatnya pertembungan utama adalah antara parti pemerintah, Pakatan Harapan (PH) dengan pembangkang utama, Barisan Nasional (BN). Penulis tidak berniat untuk memperkecilkan kemampuan mana-mana parti lain mahupun calon bebas yang turut bertanding selain dua parti besar tersebut, tapi umum ketahui persaingan banyak berkisar antara dua parti tersebut.
PRK kebiasaanya mempunyai garis pemisah yang ketara berbanding PRU. Hal ini kerana PRK yang terpaksa diadakan secara mengejut seperti ini akan tertumpu sepenuhnya kepada sentimen dan keperluan setempat berbanding PRU yang banyak terarah kepada sentimen di peringkat nasional. Justeru semua yang bertanding perlu bijak mengatur langkah dan strategi agar dapat memikat hati pengundi. Jangan terlalu taasub dan berlebih-lebihan sehingga pengundi rasa bosan dan meluat.
Bagi penulis, baik parti mahupun calon bebas yang bertanding perlu
matang dan profesional sepanjang kempen berlangsung agar dapat memikat
hati para pengundi. Walau apapun sentimen politik di peringkat nasional,
ingatlah orang Tanjung Piai hanya mahukan wakil rakyat yang boleh
membantu menyelesaikan masalah di tempat mereka. Jadi tidak perlu
terlalu berlebihan sehingga menjadi fanatik politik. Justeru pengundi
mengharapkan semua calon akan bertindak profesional dan matang sepanjang
kempen berlangsung.
Sikap matang dan profesional yang dituntut dari setiap calon boleh dimanifestasikan dalam beberapa aspek. Misalnya kita berharap semua parti, calon dan penyokong sama sekali menjauhi politik perkauman yang sempit. Jangan menggunakan agama dan kaum sebagai modal politik untuk memenangi hati pengundi dan elak bangkitkan isu sensitif yang boleh merobek hati pengundi.
Cukup-cukuplah masalah perkauman yang sedia ada, jangan curah minyak lagi. Oleh itu diharap semua yang terlibat berkempen secara berhemah dan mengamalkan budaya politik yang matang.
Manifesto dan janji yang dikemukakan pula perlulah berkaitan isu yang dekat dengan hati para pengundi. Untuk itu calon perlu tahu apa keperluan orang Tanjung Piai dan menawarkan inisiatif dan jalan penyelesaian yang lebih logik dan praktikal dan yang paling penting mestilah sesuatu yang mampu dilaksanakan.
Gunakan tempoh masa kempen yang ada untuk mendekati semua lapisan masyarakat di Tanjung Piai bagi mendengar sendiri keluh kesah dan keperluan mereka di kawasan tersebut. Calon perlu bijak dan matang dalam menjanjikan jalan penyelesaian kepada semua isu yang dibangkitkan. Dan jangan sesekali menjanjikan bulan dan bintang semata-mata untuk meraih undi dan kemudiannya tidak dapat ditunaikan.
Adat, budaya dan cara kempen juga sewajarnya mencerminkan sikap dan keperibadian calon yang terpuji, matang dan profesional.
Gunakanlah strategi kempen dan komunikasi yang berkesan tanpa mengutuk mahupun mencerca pihak lawan. Elak guna strategi menikam peribadi calon lawan serta budaya politik menjijikkan termasuk kaedah “character assassination” yang jelas tidak profesional. Jauhkanlah diri dari politik kotor seperti ini.
Sebaliknya, gunakan waktu kempen yang ada untuk menerangkan segala perancangan kita dan bukannya mengutuk dan mengaibkan pihak lawan. Budaya seperti ini sudah tidak relevan dalam kancah politik negara ini.
Di samping itu besarlah juga harapan kita agar semua calon dapat pelihara integriti dan tidak terlibat dalam sebarang bentuk rasuah dan suapan untuk meraih undi. Letak titik noktah untuk budaya seperti ini. Jangan merosakkan masyarakat dengan budaya sogokan dan membeli undi. Ringkasnya masyarakat mahu ahli politik sentiasa menjaga integriti dan bersih dari perkara seperti ini.
Kaedah berkempen dengan menggunakan kekasaran dan kekerasan atau mengugut juga perlu dielak. Jangan paksa dan ugut pengundi untuk memangkah kita. Biar pengundi melaksanakan tanggungjawab dan hak mereka dalam maksud sebenar amalan demokrasi yang tertib dengan memilih calon yang mereka suka dan percaya.
Ringkasnya jangan bawa masuk budaya samseng politik ke Tanjung Piai.
Secara peribadi penulis juga berpesan dengan jujur dan ikhlas agar parti pemerintah mengambil pengajaran dari kejadian di beberapa PRK lepas, lantaran berhati-hati dan tidak sama sekali menggunakan jentera kerajaan untuk aktiviti kempen.
Kerajaan perlu berpegang teguh pada janji yang dibuat sebelum ini agar tidak mencampur adukkan jentera kerajaan dengan jentera parti. Ingat sikap berkecuali dan profesionalisme jentera kerajaan akan terus dipantau dan dinilai oleh rakyat dalam PRK ini.
Akhirnya jika semua boleh bersikap profesional dan matang, kita boleh menyaksikan kempen PRK yang paling bersih dan lancar sekali gus membolehkan setiap calon yang bertanding akan memiliki peluang yang adil dan sama rata.
Semoga Tanjung Piai menukilkan naratif politik baru yang berpegang teguh kepada budaya politik yang matang dan profesional berpaksikan amalan demokrasi mulia yang kita junjung selama ini.
Noor Mohamad Shakil Hameed adalah timbalan pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi UPM
Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai menyaksikan pertembungan enam penjuru yang cukup menarik. Boleh dikatakan ini antara PRK yang paling sengit selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Walaupun persaingan enam penjuru, tetapi hakikatnya pertembungan utama adalah antara parti pemerintah, Pakatan Harapan (PH) dengan pembangkang utama, Barisan Nasional (BN). Penulis tidak berniat untuk memperkecilkan kemampuan mana-mana parti lain mahupun calon bebas yang turut bertanding selain dua parti besar tersebut, tapi umum ketahui persaingan banyak berkisar antara dua parti tersebut.
PRK kebiasaanya mempunyai garis pemisah yang ketara berbanding PRU. Hal ini kerana PRK yang terpaksa diadakan secara mengejut seperti ini akan tertumpu sepenuhnya kepada sentimen dan keperluan setempat berbanding PRU yang banyak terarah kepada sentimen di peringkat nasional. Justeru semua yang bertanding perlu bijak mengatur langkah dan strategi agar dapat memikat hati pengundi. Jangan terlalu taasub dan berlebih-lebihan sehingga pengundi rasa bosan dan meluat.
Sikap matang dan profesional yang dituntut dari setiap calon boleh dimanifestasikan dalam beberapa aspek. Misalnya kita berharap semua parti, calon dan penyokong sama sekali menjauhi politik perkauman yang sempit. Jangan menggunakan agama dan kaum sebagai modal politik untuk memenangi hati pengundi dan elak bangkitkan isu sensitif yang boleh merobek hati pengundi.
Cukup-cukuplah masalah perkauman yang sedia ada, jangan curah minyak lagi. Oleh itu diharap semua yang terlibat berkempen secara berhemah dan mengamalkan budaya politik yang matang.
Manifesto dan janji yang dikemukakan pula perlulah berkaitan isu yang dekat dengan hati para pengundi. Untuk itu calon perlu tahu apa keperluan orang Tanjung Piai dan menawarkan inisiatif dan jalan penyelesaian yang lebih logik dan praktikal dan yang paling penting mestilah sesuatu yang mampu dilaksanakan.
Gunakan tempoh masa kempen yang ada untuk mendekati semua lapisan masyarakat di Tanjung Piai bagi mendengar sendiri keluh kesah dan keperluan mereka di kawasan tersebut. Calon perlu bijak dan matang dalam menjanjikan jalan penyelesaian kepada semua isu yang dibangkitkan. Dan jangan sesekali menjanjikan bulan dan bintang semata-mata untuk meraih undi dan kemudiannya tidak dapat ditunaikan.
Adat, budaya dan cara kempen juga sewajarnya mencerminkan sikap dan keperibadian calon yang terpuji, matang dan profesional.
Gunakanlah strategi kempen dan komunikasi yang berkesan tanpa mengutuk mahupun mencerca pihak lawan. Elak guna strategi menikam peribadi calon lawan serta budaya politik menjijikkan termasuk kaedah “character assassination” yang jelas tidak profesional. Jauhkanlah diri dari politik kotor seperti ini.
Sebaliknya, gunakan waktu kempen yang ada untuk menerangkan segala perancangan kita dan bukannya mengutuk dan mengaibkan pihak lawan. Budaya seperti ini sudah tidak relevan dalam kancah politik negara ini.
Di samping itu besarlah juga harapan kita agar semua calon dapat pelihara integriti dan tidak terlibat dalam sebarang bentuk rasuah dan suapan untuk meraih undi. Letak titik noktah untuk budaya seperti ini. Jangan merosakkan masyarakat dengan budaya sogokan dan membeli undi. Ringkasnya masyarakat mahu ahli politik sentiasa menjaga integriti dan bersih dari perkara seperti ini.
Kaedah berkempen dengan menggunakan kekasaran dan kekerasan atau mengugut juga perlu dielak. Jangan paksa dan ugut pengundi untuk memangkah kita. Biar pengundi melaksanakan tanggungjawab dan hak mereka dalam maksud sebenar amalan demokrasi yang tertib dengan memilih calon yang mereka suka dan percaya.
Ringkasnya jangan bawa masuk budaya samseng politik ke Tanjung Piai.
Secara peribadi penulis juga berpesan dengan jujur dan ikhlas agar parti pemerintah mengambil pengajaran dari kejadian di beberapa PRK lepas, lantaran berhati-hati dan tidak sama sekali menggunakan jentera kerajaan untuk aktiviti kempen.
Kerajaan perlu berpegang teguh pada janji yang dibuat sebelum ini agar tidak mencampur adukkan jentera kerajaan dengan jentera parti. Ingat sikap berkecuali dan profesionalisme jentera kerajaan akan terus dipantau dan dinilai oleh rakyat dalam PRK ini.
Akhirnya jika semua boleh bersikap profesional dan matang, kita boleh menyaksikan kempen PRK yang paling bersih dan lancar sekali gus membolehkan setiap calon yang bertanding akan memiliki peluang yang adil dan sama rata.
Semoga Tanjung Piai menukilkan naratif politik baru yang berpegang teguh kepada budaya politik yang matang dan profesional berpaksikan amalan demokrasi mulia yang kita junjung selama ini.
Noor Mohamad Shakil Hameed adalah timbalan pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi UPM
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.