Kedudukan Anwar selepas PRK Tanjung Piai
Oleh
Syahmi Minhad
Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai adalah PRK yang kesembilan selepas berakhirnya PRU-14. Daripada lapan PRK yang pernah dijalankan sebelum ini, lima kali telah dimenangi oleh PH manakala BN menang tiga kali.
Di atas kertas, calon PH berupaya memenangi PRK tersebut kerana sebelum ini kerusi tersebut disandang oleh wakil daripada PH. Namun, kemampuan calon daripada BN, Wee Jeck Seng tidak boleh dipandang remeh kerana beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat di situ.
Kehadiran parti-parti lain seperti Gerakan, Berjasa dan calon bebas dilihat sebagai ‘penambah seri’ PRK kali ini. Tumpuan lebih terarah kepada pertembungan PH-BN kerana kedua-dua parti ini mempunyai penyokong yang ramai.
Di pihak PH, mereka harus menang kerana kemenangan itu nanti akan menampakkan bahawa PH terus kekal relevan walaupun dibebani dengan pelbagai kontroversi. Di pihak BN pula, kemenangan calonnya akan memberi ‘nyawa’ kepada parti itu untuk kembali bernafas di pentas politik negara.
Namun, dalam pertembungan antara parti politik di Tanjung Piai, ada
satu sosok manusia yang harus diberi tumpuan iaitu Anwar Ibrahim. Jika
PH menang, apa kesannya terhadap kedudukan Anwar? Dan bila PH tewas, apa
yang akan terjadi terhadap Anwar?
Kedua-duanya ada pro dan kontra. Jika PH menang, akan menampakkan bahawa PPBM masih menjadi pilihan rakyat. Dalam erti kata lain, kepimpinan Mahathir masih lagi diperlukan, jentera pentadbiran kerajaan sekarang ini masih diterima rakyat, dan PH masih boleh menarik nafas lega.
Jika PH menang, dikhuatiri akan melambatkan lagi proses peralihan kuasa perdana menteri antara Mahathir dan Anwar kerana Mahathir akan menggunakan alasan beliau masih diperlukan untuk mentadbir Malaysia. Pertukaran jawatan perdana menteri yang dijangka ramai akan berlaku sekitar Mei 2020 nanti nampaknya tidak akan terjadi sekiranya PH menang pada PRK kali ini.
Bagaimana pula jika PH tewas? Kekalahan di PRK Tanjung Piai nanti akan menjadi ‘mimpi ngeri’ buat kepimpinan PH baik dari PPBM, DAP, PKR dan Amanah. Namun, beban kekalahan akan lebih tertumpu kepada PPBM dan DAP kerana calon yang bertanding adalah daripada PPBM manakala DAP boleh dipersalahkan kerana tidak berjaya menarik sokongan pengundi Cina.
PH akan berusaha mengelak daripada tewas kerana parti itu sebelum ini pernah gagal mempertahankan kerusi DUN Semenyih pada siri PRK sebelum ini. Dan sekali lagi, PH melalui PPBM perlu menang untuk mempertahankan maruahnya.
Keputusan PRK di Tanjung Piai nanti akan menjadi isyarat terpenting terhadap kerajaan pimpinan Mahathir. Jika tewas lagi, Mahathir perlu segerakan pelan peralihan kuasa kepada penggantinya. Mahu atau tidak, Mahathir perlu menepati janjinya kerana rakyat secara berterusan telah menolak cara kepimpinan PH ketika ini melalui beberapa siri PRK.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.