Kerajaan ambil tindakan jika Kelantan gagal bayar gaji penjawat awam - Guan Eng
PETALING JAYA: Kementerian
Kewangan menegaskan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan terhadap
kerajaan Kelantan sekiranya pihak terlibat gagal membayar gaji
kakitangan berikutan permohonan sebanyak RM100 juta telah pun diluluskan
kerajaan Persekutuan bulan lepas.
Menterinya, Lim Guan Eng berkata, permohonan pinjaman itu dibuat kerajaan Kelantan bagi tujuan pembayaran gaji kakitangan kerajaan di negeri itu dan telah diluluskan, meningkat berbanding tahun lalu iaitu sebanyak RM91.5 juta.
Menterinya, Lim Guan Eng berkata, permohonan pinjaman itu dibuat kerajaan Kelantan bagi tujuan pembayaran gaji kakitangan kerajaan di negeri itu dan telah diluluskan, meningkat berbanding tahun lalu iaitu sebanyak RM91.5 juta.
Dalam ucapan pembukaan konvensyen, Setiausaha Agung DAP itu turut memberitahu bahawa kerajaan Kelantan tidak mampu mengurus ekonomi dengan baik berikutan terpaksa meminta bantuan kerajaan Persekutuan.
Beliau juga tidak menolak, kecaman pihak terlibat sebenarnya bagi menutup kelemahan diri sendiri yang dilihat memainkan sentimen perkauman dan agama.
"Kita bagi pun kena kecam, kena caci maki hamun tetapi inilah tanggungjawab sebagai kerajaan.
"Kalau mereka dapat perintah negara, habislah kita semua. Gaji pun tak mampu bayar, macam mana nak uruskan ekonomi?" katanya.
Mengulas lanjut katanya, rakyat perlu terus menyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi merealisasikan Malaysia Baharu.
"Mereka (Pas dan BN) hanya tawarkan untuk satu kaum atau satu agama. Bukan macam Pakatan Harapan, kita jaga semua, bukan satu kelompok atau satu kumpulan. Kita jaga anak Malaysia," katanya.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.