Pengkritik Dr M dalam PH nak PPBM menang di Tg Piai?
Oleh Timmy Say
Calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai adalah calon daripada parti PPBM, diketuai Dr Mahathir Mohamad.
Kerusi Parlimen Tanjung Piai sebelum ini disandang Allahyarham Dr Md Farid Md Rafik juga dari PPBM.
Ini bermakna sekiranya PH tewas di Tanjong Piai, PPBM akan menjadi lebih lemah kerana parti itu akan kekurangan satu ahli parlimen. Ini juga bermakna bilangan sokongan kepada Dr Mahathir sebagai perdana menteri juga akan berkurang.
Sekiranya PPBM tewas menggunakan alasan pengundi bukan Melayu sudah lari daripada PH, naratifnya yang mungkin timbul bahawa ini adalah protes terhadap penglibatan Mahathir dan PPBM di dalam Kongres Maruah Melayu (KMM).
Bukan itu sahaja, naratif kekalahan ini juga boleh dikaitkan dengan
protes terhadap isu pengharaman dan rampasan yang dilakukan Putrajaya
terhadap komik bersifat propaganda yang diterbit bekas ahli DAP Hew Kuan
Yau.
Lebih padu lagi, kekalahan ini juga boleh dikaitkan dengan protest terhadap tindakan kerajaan mendakwa beberapa individu termasuk wakil rakyat DAP di bawah Sosma kerana berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Kekalahan PPBM di Tanjong Piai juga boleh diolah naratifnya bahawa ia adalah petanda bahawa rakyat semakin hilang keyakinan terhadap kerajaan PH yang dipimpin oleh Mahathir. Kepada para pembenci PM, ini adalah peluang untuk menguatkan gesaan bahawa nahkoda kapal PH perlu ditukar segera untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PH.
Siapa lagi yang akan diketengahkan untuk menggantikan Mahathir dengan segera kalau bukan Anwar Ibrahim?
Sebaliknya, kemenangan PPBM di Tanjong Piai boleh diolah untuk berbunyi bahawa kepimpinan Mahathir mengetahui kerajaan PH tetap utuh di hati rakyat. Kemenangan PPBM di Tanjong Piai akan menambahkan sokongan ahli parlimen terhadap Mahathir.
Para pendokong Mahathir pula akan mengambil kesempatan membuat gesaan agar Mahathir meneruskan kerjanya sebagai PM sehingga habis penggal. Ini bermakna proses peralihan kuasa akan terus dilambatkan lagi.
Bukan itu sahaja, para menteri PPBM juga akan meneruskan sikap mereka kerana pasti ada pimpinan PPBM yang bakal mengolah naratif bahawa rakyat merestui apa yang sedang dilakukan oleh PPBM termasuk menghadiri Kongres Maruah Melayu, terutamanya jika kemenangan itu dicapai kerana peningkatan undi orang Melayu.
Ini termasuklah perang terbuka terhadap DAP di dalam isu-isu sensitif seperti komik Hew dan menjawab serangan pimpinan DAP terhadap Mahathir.
Apa-apa keputusan PRK Tanjong Piai tidak akan menjejaskan pengekalan kuasa kerajaan PH di dalam parlimen.
Kerana tiada risiko kehilangan kerajaan, semua pencatur di dalam PH, terutamanya kumpulan anti-Mahathir mempunyai sifir strategi masing-masing di PRK ini untuk menjayakan agenda peribadi masing-masing, samada dengan membiarkan PPBM tewas atau membantunya untuk menang.
Jika PH menang di Tanjong Piai, sudah tentu kemenangan ini akan diolah naratifnya sebagai kemenangan PPBM. Jika PH tewas di Tanjong Piai, sudah tentu segala jari akan dituding ke arah PPBM dan Mahathir.
PRK Tanjong Piai membuka satu peluang yang besar untuk mengolah naratif baru politik negara.
Oleh itu, betul ke para pengkritik Dr M di dalam PH nak PPBM menang?

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.