Pengundi Tanjung Piai tahu undi BN tidak dapat sebarang manfaat
Majoriti
pengundi di P.165 Tanjung Piai diyakini akan memberikan kemenangan
kepada calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini, kata Pengarah
Pilihan Raya AMANAH Johor, Norazit Md Nor.
Menurutnya, kemenangan calon dari Bersatu itu sekali gus mengekalkan penguasaan PH pada PRU-14 yang memenangi 18 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor.
Beliau yakin desas-desus kononnya pengundi Cina akan berpaling tadah lantaran protes selain cenderung memilih wakil rakyat berasaskan kaum tidak akan menjadi kenyataan.
Terdapat 22,000 pengundi Cina iaitu 41.52 peratus daripada keseluruhan 52,986 pengundi di wilayah yang terkenal dengan kawasan pelancongan, Taman Negara Johor Tanjung Piai di tanah penghujung benua Asia itu.
Mengulas lanjut, Karmaine berkata, kemenangan Datuk Md Othman Yusof dari BN di Dun Kukup contohnya tidak menampakkan manfaat besar kepada rakyat tempatan.
“Kalau pilih pembangkang, tidak dapat apa. Logiknya, begitu. Saya yakin pengundi Cina terutamanya nampak hal ini.
“Dalam tempoh setahun (kerajaan PH) pun kita sudah banyak buat perubahan. Kaum Cina nampaknya berfikiran begitu. Kita sudah buat tinjauan. PH kekal mempertahankan Tanjung Piai, InsyaAllah,” ujarnya ketika ditemui
Meskipun beliau mengakui kemungkinan berlakunya penurunan pengundi seperti kelaziman dalam kebanyakan PRK, beliau berpendapat keengganan pemilih keluar membuang undi bergantung pada pihak mana yang menjadi kerajaan.
“Jika PH sebagai kerajaan masih memerintah, ada perkara yang belum dilaksanakan akan dapat dibuat. Terdapat sejumlah peruntukan yang telah diluluskan ketika arwah Dr Farid masih ada,” jelasnya.
Ditanya tentang isu tempatan yang dihadapi masyarakat setempat, Norazit memberitahu masalah berkaitan nelayan menjadi isu ketara di kawasan tersebut.
“Namun, isu nelayan ini sebenarnya isu nasional yang menuntut usaha lebih bersepadu melibatkan kerajaan pusat manakala isu prasarana setakat ini sedang kita tangani.
“Menteri pun dari AMANAH. Beliau pun anak jati Tanjung Piai. InsyaAllah, kerajaan dalam proses mereformasi sektor perikanan termasuk menyelesaikan isu berkaitan hak dan kebajikan nelayan,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.