Tindakan Azmin kurang tepat, kurang bijaksanai
ALOR SETAR - Pertemuan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama pembangkang di kediaman rasminya malam tadi dianggap kurang bijak dan tidak tepat selepas tidak sampai 72 jam Pakatan Harapan (PH) tewas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail berkata, beliau percaya perkara itu bakal dibangkitkan pada mesyuarat bulanan Majlis Presiden PH pada 23 November ini yang akan dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, biarpun apapun tujuan perjumpaan itu sama ada terdapat maksud tersurat mahupun tersirat, jelas perkara tersebut mendatangkan rasa sangsi dan curiga.
ARTIKEL BERKAITAN: Anwar gesa Azmin hadir mesyuarat, beri penjelasan
Mesyuarat biasa, tiada perkara luar biasa: Azmin
"Saya anggap masa pertemuan itu kurang tepat, kurang bijaksana kerana PH adalah politik yang terjalin atas dasar politik saling mempercayai dan hormat-menghormati.
"Jadi sebarang tindak tanduk yang mengundang kepada persepsi yang boleh timbulkan kecurigaan dan kesangsian, maka adalah paling bijak jika ia dapat dielakkan," katanya kepada sidang akhbar selepas merasmikan Program Khatan Perdana dan Jamuan Ibu bapa, Penjaga dan Waris di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pak Kiau dekat sini hari ini.
Ketika ditanya adakah PKR akan mengambil tindakan disiplin kepada Mohamed Azmin, Saifudin berkata, perkara itu belum dibincangkan kerana baharu sahaja berlaku.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.