Tun M perlu berani rombak Kabinet, kata Rais
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu berani membuat rombakan Kabinet sekiranya mahu mendapatkan semula sokongan rakyat selepas Pakatan Harapan (PH) tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.
Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, tindakan itu yang sepatutnya dilakukan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berbanding melakukan post-mortem untuk mengenalpasti punca sebenar kekalahan.
“Bagi saya post-mortem boleh buat, tapi intisari kelemahan itu orang kampung sudah tahu.
"Perdana Menteri kena berani rombak wira-wiranya di Kabinet,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Rais berkata, beliau juga sudah menjangkakan PH akan tewas di Tanjung Piai, namun bukan majoriti lebih 15,000 undi.
“Saya tersentak dengan keputusan PRK kali ini. Orang Melayu lebih sukakan calon MCA, apatah lagi pengundi Cina sendiri," katanya.
Menurutnya, selain rakyat marah kerana janji PRU14 masih belum dilaksanakan, jentera PH juga didapati lemah kerana ada Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang tidak cukup penyertaan tempatan.
Selain itu, katanya, wujud ketidakselarasan pimpinan dalaman di Johor antara Pengerusi Bersatu, Menteri Besar dan lain-lain.
“Malah, segelintir menteri dan pemimpin yang terlajak cakap turut memburukkan keadaan,” katanya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.