Cuti 10,500 anggota bomba dibekukan sehingga Februari sebagai persediaan hadapi banjir
KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
membekukan cuti kira-kira 10,500 pegawai dan anggotanya di seluruh
negara sehingga Febuari tahun hadapan sebagai persediaan dalam
menghadapi musim banjir.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata cuti pegawai dan anggota bomba yang bertugas di bahagian operasi telah mula dibekukan sejak September lepas dan akan diteruskan berikutan bencana banjir dilihat sudah mulai berlaku dalam negara.
"Sekarang ini tiga negeri sudah
mengalami bencana banjir iaitu Terengganu, Kelantan dan Perak. Kita
percaya bencana ini akan berterusan sehingga Febuari (tahun depan),"
katanya selepas merasmikan penutupan Konvensyen Bomba Sukarela Peringkat
Zon Borneo 2019 di Dewan Serbaguna JBPM Sarawak, Jalan Setia Raja, di
sini, pada Ahad.
Beliau berkata pembekuan cuti itu juga merangkumi anggota bomba di Sarawak dan Sabah walaupun pihaknya menyedari ramai anggotanya yang akan menyambut perayaan Krismas hujung bulan ini.
Beliau seterusnya meminta orang ramai seluruh negara supaya sentiasa
peka dengan segala peringatan, arahan dan nasihat yang diberikan agensi
kecemasan khususnya JBPM, yang berkaitan bencana alam.
-- BERNAMA
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata cuti pegawai dan anggota bomba yang bertugas di bahagian operasi telah mula dibekukan sejak September lepas dan akan diteruskan berikutan bencana banjir dilihat sudah mulai berlaku dalam negara.
Beliau berkata pembekuan cuti itu juga merangkumi anggota bomba di Sarawak dan Sabah walaupun pihaknya menyedari ramai anggotanya yang akan menyambut perayaan Krismas hujung bulan ini.
-- BERNAMA
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.