https://critoxium.com/shop/

Terkini

Bukan paksaan sumbangan 10 peratus kutipan tabung Jumaat di masjid, kata YDP MAIPP

Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa kutipan 10 peratus tabung kutipan Jumaat masjid-masjid di Pulau Pinang adalah paksaan tidak benar sama sekali.

Demikian dinyatakan oleh Yang Dipertua Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) , Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, ketika ditemui semalam.

Jelas beliau, cadangan kutipan tersebut yang telah diputuskan pada tahun lalu bertujuan untuk menggalakkan setiap masjid di Pulau Pinang menyumbang hasil kutipan mereka kepada Tabung Wakaf MAIPP


“Tujuan murni ini adalah bagi menyemarakkan semangat amalan berwakaf pada umat Islam negeri ini.

“Selain itu objektifnya ialah untuk membeli hartanah bagi meningkatkan ekuti hartanah umat Islam di Pulau Pinang.

“Namun begitu tiada paksaan yang dikenakan kepada mana-mana masjid supaya menyalurkan sumbangan tersebut, ” tegasnya yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri 1.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat turut berkata, adalah menjadi harapan yang tinggi supaya umat Islam mengambil peluang yang disediakan kerana ia mampu untuk memberi banyak manfaat kepada seluruh umat Islam.

“Buat ketika ini tidak ada apa-apa tindakan yang akan diambil terhadap mana-mana masjid yang tidak mengikut arahan tersebut.

“Walau bagaimana pun sumbangan yang dicadangkan itu mampu untuk meningkatkan ekonomi umat Islam dalam jangkamasa panjang.

“MAIPP senantiasa berusaha bagi meningkatkan kedudukan umat Islam dalam segala aspek agar kita tidak ketinggalan jika dibandingkan dengan masyarakat yang lain, ” tambah beliau.

Sebagai rekod pada 22 November 2018 dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah meluluskan cadangan penbuuhan Tabung Wakaf Sumbangan Masjid.

Ia bertujuan mengumpul dana melalui kutipan Jumaat di masjid seluruh negeri Pulau Pinang bagi membiayai projek pembelian bangunan dan hartanah wakaf bagi umat Islam di negeri itu.

Bagaimanpun isu itu menjadi tular semula apabila ada dakwaan mengatakan kutipan itu dilakukan secara paksaan oleh MAIPP

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.