PAS sedia makanan, minuman untuk penganut Hindu sempena Thaipusam
PETALING JAYA: Ahli-ahli PAS yang bukan beragama Islam akan menyertai
sambutan Thaipusam minggu ini dengan menyediakan hidangan ringan di
depan ibu pejabat parti Islam itu di Kuala Lumpur.
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan mengedarkan makanan dan minuman percuma kepada penganut Hindu yang mengiringi perarakan pedati di pusat bandar, menjelang kemuncak perayaan itu di kuil Batu Caves pada Sabtu.
Sayap itu menggambarkan acara itu sebagai bukti PAS bukan parti “rasis”, “ekstremis”, dan “fanatik”.
“PAS menghormati adat agama dan kepercayaan semua kaum dinegara ini dan mengekalkan semangat toleransi yang diamalkan sejak sekian lama,” kata Setiausaha Agung S Barathidasan dalam kenyataan.
Thaipusam memperingati hari kelahiran Dewa Murugan, dengan ratusan
ribu termasuk pelancong berhimpun di Batu Caves untuk acara tahunan itu.
Perarakan tahunan yang membawa patung Dewa Murugan dijangka meninggalkan Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun HS Lee pada Khamis malam.
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan mengedarkan makanan dan minuman percuma kepada penganut Hindu yang mengiringi perarakan pedati di pusat bandar, menjelang kemuncak perayaan itu di kuil Batu Caves pada Sabtu.
Sayap itu menggambarkan acara itu sebagai bukti PAS bukan parti “rasis”, “ekstremis”, dan “fanatik”.
“PAS menghormati adat agama dan kepercayaan semua kaum dinegara ini dan mengekalkan semangat toleransi yang diamalkan sejak sekian lama,” kata Setiausaha Agung S Barathidasan dalam kenyataan.
Perarakan tahunan yang membawa patung Dewa Murugan dijangka meninggalkan Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun HS Lee pada Khamis malam.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.