Pesawat khas bawa pulang rakyat Malaysia selamat mendarat di Wuhan
KUALA LUMPUR: Pesawat khas untuk misi membawa pulang rakyat Malaysia,
pasangan dan anak-anak mereka di Wuhan berikutan penularan novel
koronavirus 2019, telah selamat mendarat di Wuhan, China malam ini.
Menurut aplikasi WhatsApp Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pesawat AirAsia AK8264 itu yang membawa 12 kru dan 8 petugas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tienhi kira-kira jam 9.10 malam (waktu Malaysia).
Petang tadi, pesawat khas itu berlepas kira-kira 3.50 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) ke Wuhan, China untuk membawa pulang 141 rakyat Malaysia termasuk pasangan dan anak.
Pesawat itu juga membawa bersama 500,000 pasang sarung tangan getah sebagai sumbangan kepada kerajaan China dalam operasi membanteras penularan 2019-nCoV di negara itu.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.