Malaysia catat skor terbaik dalam Indeks Demokrasi
Malaysia mencatatkan skor dan kedudukan terbaik setakat ini pada
Indeks Demokrasi, iaitu berada di tangga ke-43 daripada sejumlah 167
negara.
Laporan Indeks Demokrasi 2019, yang dikeluarkan oleh Unit Perisikan Ekonomi (EIU), menilaikan Malaysia pada skor atau markah 7.16 daripada jumlah maksimum 10.
Malaysia mendapat markah antara 5.98 dan 6.88 sejak indeks itu dimulakan pada tahun 2006. Ia berada di tangga ke-52 tahun lalu dengan skor 6.88.
Laporan itu menyebut bahawa Malaysia mencatakan peningkatan di sebalik kemerosotan kembali oleh rakan serantaunya.
"Sebaliknya,
Malaysia, yang membatalkan undang-undang 'berita palsu' pada Ogos 2018
(selepas meluluskannya pada bulan Mac tahun itu) mencatatkan peningkatan
dalam demokrasi pada tahun 2019.
"Skornya
bertambah baik dan negara naik sembilan tangga di peringkat global
dengan peluang berkempen untuk semua pihak, termasuk pembangkang,
bertambah baik, terutama di media sosial," kata laporan itu.
Indeks Demokrasi bertujuan mengukur keadaan demokrasi di dunia. Ia mengukur lima bidang, iaitu proses pemilihan dan pluralisme, fungsi kerajaan, penyertaan dalam politik, budaya politik dan kebebasan sivil.
Laporan Indeks Demokrasi 2019, yang dikeluarkan oleh Unit Perisikan Ekonomi (EIU), menilaikan Malaysia pada skor atau markah 7.16 daripada jumlah maksimum 10.
Malaysia mendapat markah antara 5.98 dan 6.88 sejak indeks itu dimulakan pada tahun 2006. Ia berada di tangga ke-52 tahun lalu dengan skor 6.88.
Laporan itu menyebut bahawa Malaysia mencatakan peningkatan di sebalik kemerosotan kembali oleh rakan serantaunya.
Indeks Demokrasi bertujuan mengukur keadaan demokrasi di dunia. Ia mengukur lima bidang, iaitu proses pemilihan dan pluralisme, fungsi kerajaan, penyertaan dalam politik, budaya politik dan kebebasan sivil.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.