Menolak pandangan usul undi percaya Hadi sokong Mahathir
Oleh
ABD MALEK HUSSIN
Pas Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS akan tetap membawa Usul Percaya kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sehingga habis penggal, demikian menurut laporan Harakahdaily, media online Pas pada 14 Februari 2020.
Abdul Hadi Awang berkata, usaha itu selari dengan proses demokrasi dan ia turut diamalkan di negara lain, seperti Lubnan beberapa hari lalu.
Kata Hadi, “Kita minta supaya (Tun) diberi kepercayaan menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal. Itu cadangan Pas Dan kita ingin memberi cadangan yang paling munasabah. Dan kita tidak asing, kerana baru lagi Parlimen Lubnan, baru dua tiga hari ini membuat Undi Percaya kepada Perdana Menteri(nya).”
Aku amat hairan, mengapa Abdul Hadi Awang memetik kes Parlimen Lubnan untuk memberi justifikasi Usul Percaya kepada Perdana Menteri.
Pelik juga Presiden Pas mengambil pengalaman Lubnan sebagai contoh, padahal sistem politik Lubnan jauh ketara berbeza dengan sistem di Malaysia.
Antara kelainan ketara sistem politik Lubnan berbanding Malaysia:
⚫️ Lubnan ialah sebuah republik, mempunyai Parlimen yang mengandungi 128 ahli yang dipilih berpenggal empat tahun, dan bilangan itu akan terdiri sama banyak antara Muslim 50% dan Kristian 50%.
⚫️ Lubnan mengamalkan sistem pengagihan kerusi Parlimen yang berdasarkan prinsip anutan agama.
Dalam sistem ini, 64 ahli-ahli Muslim itu akan terdiri daripada 27 Sunni, 27 Syi’ah, 8 Druz dan 2 Alawi. Manakala 64 ahli-ahli Kristian akan terdiri daripada 43 Katholik, 19 Orthodoks, 1 Protestan dan 1 Injili (Evangelical).
Dengan itu, tiada parti atau kumpulan agama akan memiliki majoriti dan mendominasi yang lain. Mereka perlu merunding sesama mereka bagi melantik Perdana Menteri dan membentuk kerajaan.
Kuasa eksekutif pemerintahan Lubnan terletak kepada Presiden dan Perdana Menteri yang mengetuai Jemaah Menteri, dan kuasa perundangan terletak bawah Parlimen.
Syarat perlantikan Presiden, Perdana Menteri dan Speaker Parlimen di Lubnan sangat berbeza dengan Malaysia:
⚫️ Presiden mesti seorang Kristian, dan dipilih melalui pengundian majoriti dua pertiga ahli-ahli Parlimen.
⚫️ Perdana Menteri mesti seorang Sunni, dan dilantik oleh Presiden dengan perundingan bersama Speaker Parlimen.
⚫️ Speaker Parlimen mesti seorang Syi’ah dan dipilih secara undi majoriti oleh ahli-ahli Parlimen
.
⚫️ Menurut Perkara 64 Perlembagaan Lubnan, Perdana Menteri yang dilantik itu bersama Jemaah Menterinya mesti membentangkan Pelan Dasarnya di dalam Parlimen dalam tempuh 30 hari selepas perlantikannya
.
Pembentangan Pelan Dasar Kerajaan itu mesti melalui pengundian Parlimen. Kelulusannya dengan suara majoriti disifatkan sebagai Undi Keyakinan (vote of confidence) kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Selepas diluluskan, barulah Perdana Menteri berkuasa menjalankan fungsinya. Jika gagal mendapat majoriti, ia disifatkan sebagai Undi Tidak Percaya, dan mereka hendaklah meletakkan jawatan.
Baru-baru ini, pada 21 Januari 2020, Dr Hassan Diab dilantik sebagai Perdana Menteri Lubnan oleh Presiden Michel Aoun bagi menggantikan Saad Hariri yang meletakkan jawatan.
Saad Hariri letak jawatan Perdana Menteri pada 29 Oktober 2019 berikutan krisis yang melanda Lubnan susulan demonstrasi rakyat membantah kerajaan Saad Hariri yang gagal mengatasi isu kenaikan cukai, kelembaban ekonomi, pengangguran, rasuah sektor awam yang berleluasa, kewujudan perundangan yang dianggap melindungi perakus kuasa dari akauntabiliti dan kegagalan kerajaan mengatasi keperluan asas kehidupan rakyat seperti bekalan air dan elektrik.
Rakyat Lubnan berdemonstrasi setiap hari sejak 17 Oktober 2019 menuntut kerajaan Perdana Menteri Saad Hariri meletakkan jawatan kerana kegagalannya menanggani krisis ekonomi dan kewangan Lubnan sejak berdekad.
Ekonomi Lubnan parah sekian lama. Lubnan menjadi negara yang antara tertinggi hutang kerajaan di dunia, sehingga mencecah lebih 150% dari KDNK. Pertumbuhan ekonomi menjunam dengan defisit bajet mencatat 11% dari KDNK pada 2018. Matawang Lubnan merudum dan susut nilai hampir 60%, mengakibatkan kegelisahan meluas rakyat kerana mereka kian lupus kuasa membeli.
Krisis ekonomi yang begitu tenat dengan bantahan rakyat yang meluas menyebabkan Perdana Menteri Saad Hariri meletakkan jawatan pada 29 Oktober 2019.
Lubnan tidak berkerajaan selama hampir tiga bulan, sehinggalah Presiden Michel Aoun menamakan Dr Hassan Diab sebagai Perdana Menteri Lubnan pada 21 Januari 2020.
Berikutan dengan perlantikannya sebagai Perdana Menteri yang baru, Dr Hassan Diab perlu mengemukakan Pelan Dasar Kerajaan untuk kelulusan Parlimen dalam tempuh 30 hari, sepertimana menurut kehendak Perkara 64 Perlembagaan Lubnan.
Siapapun Perdana Menteri Lubnan yang baru dilantik perlu menjalani prosedur yang sama. Ia berkuatkuasa menurut Undang-undang Perlembagaan Lubnan sejak 21 September 1990.
Pada 11 Februari 2020, kabinet baru Lubnan pimpinan Perdana Menteri Dr Hassan Diab membentangkan Pelan Dasar Kerajaan yang dinamakan sebagai Pelan Pemulihan Ekonomi di dalam Parlimen.
Namun, sidang Parlimen Lubnan pada hari itu diboikot oleh 44 ahli Parlimen pembangkang, dan berlangsung dengan latar protes rakyat dan rusuhan ganas di jalan-jalan raya ke arah bangunan Parlimen, mengakibatkan hampir 400 orang cedera di Beirut.
Pelan Pemulihan Ekonomi kerajaan Dr Hassan Diab turut merangkumi reformasi badan kehakiman, pengurusan kewangan dan pentadbiran, selain rancangan membenteras rasuah dan menanggani masalah ekonomi Lubnan.
Hanya usul Pelan Pemulihan Ekonomi itu sahaja dibentang dan dibahaskan, dan bukannya Usul Percaya kepada Perdana Menteri Lubnan, meskipun implikasinya boleh membawa maksud sebagai Undi Percaya jika diluluskan atau Undi Tidak Percaya terhadap kerajaan jika Parlimen menolaknya.
Dari jumlah 128 ahli Parlimen, seramai 84 ahli menghadiri sidang. Hasil pengundian, 63 ahli menyokong dan meluluskan Pelan Pemulihan Ekonomi yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Dr Hassan Diab, 20 ahli menentang dan seorang ahli tak mengundi.
Dengan latar politik semasa Lubnan yang sebegitu tidak stabil dan berikutan krisis ekonomi yang amat parah sekali, keputusan undi meluluskan Pelan Pemulihan Ekonomi dalam Parlimen disifatkan sebagai Undi Keyakinan (vote of confidence) kepada Kerajaan baru Lubnan pimpinan Dr Hassan Diab, walaupun secara spesifiknya tiada Usul Percaya kepada Perdana Menteri Lubnan dikemukakan.
Oleh itu, adalah tidak tepat dan menyimpang pendapat Presiden Pas Abdul Hadi Awang menyebut bahawa Parlimen Lubnan telah meluluskan Usul Percaya kepada Perdana Menteri, berdasarkan hujah-hujah berikut:
🔴 Parlimen Lubnan yang bersidang pada 11 Februari 2020 hanya meluluskan usul Pelan Pemulihan Ekonomi yang dibentangkan oleh PM Dr Hassan Diab, dan bukannya usul spesifik Undi Percaya.
🔴 Sekalipun mungkin membawa implikasi seumpama ketetapan keyakinan kepada kerajaan, usul Pelan Dasar Kerajaan yang dibentangkan oleh Dr Hassan Diab adalah semata-mata untuk memenuhi syarat sah perlantikannya sebagai Perdana Menteri Lubnan yang baru menurut Perkara 64 Perlembagaan Lubnan. Sejak 1990, siapapun yang dilantik menjadi Perdana Menteri yang baru di Lubnan perlu melalui prosedur yang sama.
🔴 Usul itu dibentang sendiri oleh Perdana Menteri Lubnan dan bukannya oleh pihak pembangkang kerana kebanyakan ahli-ahli Parlimen pembangkang telah terlebih dahulu memboikot dan tidak menghadiri sidang Parlimen Lubnan pada 11 Februari 2020.
Justeru, pandangan Presiden PAS kononnya “Parlimen Lubnan baru dua tiga hari ini membuat Undi Percaya kepada Perdana Menterinya” dan tidak asing bagi Pas mengemukakan Usul Percaya seperti di Parlimen Lubnan bolehlah disifatkan sebagai omongan politik kelabu asap tanpa fakta.
Mungkin, kerana terlalu ghairah untuk kemukakan Usul Percaya bagi mengampu Dr Mahathir, Presiden Pas disyaki gagal meneliti fakta yang sebenarnya berlaku dalam Parlimen Lubnan pada 11 Februari 2020 dan tak membaca Perlembagaan Lubnan.
Aku sekadar menyatakan bahawa aku menolak pandangannya itu melalui hujah dan naratif yang berfakta.
Sekian, aku sudahi dengan “aqu lu qau li wastaghfirullah al azim li wa lakum, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.”

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.