Menyanggah PPSMI 2.0
Oleh Faisal Tehrani
Sekiranya kita merujuk kepada kamus bahasa Inggeris, untuk mencari makna kata language kita akan diberikan antara lain definisi seperti berikut:
Namun, kita juga mendapati niat Mahathir untuk membaiki bahasa Inggeris anak-anak Malaysia dalam pengertian language yang ketiga di atas, bertentangan dengan pengertian language yang
paling utama iaitu bahasa adalah satu cara berhubung, baik bertutur
atau menulis, yang menggunakan perbendaharaan kata, atau dalam
sesetengah keadaan menggunakan bahasa tubuh. Ini kerana menggunakan
bahasa Inggeris untuk berhubung dalam subjek sains dan matematik, yakni
perhubungan antara guru dan murid; atau perhubungan antara murid dan
murid; atau perhubungan antara murid dan ibu bapa; seterusnya
perhubungan antara guru dan guru — sama sekali satu jenaka.
Jenaka kerana kita membayangkan seorang guru asal Kuala Lipis, Pahang berhubung dengan muridnya asal Tumpat, Kelantan; mengajarkan subjek pembundaran dalam matematik (jika guru menggunakan terjemahan Google, beliau akan beroleh kata roundabout), di sebuah sekolah di ceruk Kelantan Darul Mercedes.
Bila kita mengatakan bahasa adalah alat perhubungan, dengan pengertian language,
yang pertama seperti di atas; kita akan menginsafi betapa bahasa
Inggeris adalah bukan bahasa untuk berkomunikasi. Bahasa sebagai alat
komunikasi adalah bahasa asal yang digunakan di rumah.
Melainkan murid itu benar-benar menguasai bahasa lain dari bahasa ibunda maka murid boleh diberi hak dan “pilihan” untuk memilih bahasa komunikasinya.
Maya Karin pun akan setuju
Bahasa adalah satu produk budaya. Ia boleh berfungsi digunakan dalam bidang pendidikan, tetapi untuk berfungsi dalam pendidikan ia mempunyai beberapa syarat tertentu sebelum boleh berperanan di sekolah atau universiti.
Syarat pertama adalah solidariti. Dalam bidang pendidikan, untuk kita memperkenalkan satu-satu polisi atau perubahan; fragmentasi dan disintegrasi akan melemahkan ikatan sebenar pendidikan iaitu membentuk manusia atau membangunkan peribadi. Pendidikan bukan untuk menghasilkan robot yang mampu bertutur “yes sir, you want coffee or tea” tetapi adalah untuk menjadikan manusia itu manusia yang manusiawi. Kita hantar anak ke sekolah agar mereka jadi orang.
Kita tidak dapat menghindar, cadangan PPSMI 2.0 ini tidak akan memupuk rasa kebersamaan. Anak-anak yang tidak belajar di bawah Dual Language Program (DLP) di sekolah yang punya program DLP memandang tiadanya ketidakadilan kerana perhatian dan wang yang lebih dicurahkan kepada anak-anak DLP secara rasmi, dan tidak rasmi. Meletakkan PPSMI 2.0 di sekolah seluruh negara akan mendorong keterciciran sekolah yang memang sedia terkebelakang, khusus di pedalaman. Ia hanya menguntungkan sebahagian kecil masyarakat. Ia mematikan syarat untuk meletakkan sesuatu bahasa dalam pendidikan; solidariti.
Itu belum lagi, dengan ingatan, sekolah di negara ini memang bercempera dan tiada solidariti. Kita boleh melihat ada beberapa jenis sekolah; kebangsaan - jenis kebangsaan - agama - internasional - integrasi agama dan Tuhan tahu apa lagi.
Kedua, ia membawa kita kepada implikasi besar. Bahasa dalam bidang pendidikan mesti mengambil kira keadilan. Dalam hal ini keadilan adalah antara individu dengan individu. Pope Emeritus Benedict akan menyebutkan dalam Latin sebagai justitia commutativa. Bahasa harus memberikan kesetaraan supaya ada hubungan antara individu terhadap masyarakat atau justitia legalis.
Jika kita merenung aspek ini, hatta Maya Karin juga akan bersetuju, “think about it”
bahawa kalau ayam bercakap dengan itik dalam satu kandang, yang paling
beruntung adalah musang. Bahasa dalam pendidikan jika mahu adil haruslah
menimbangkan justitia distributiva atau antara masyarakat
terhadap individu. Yakni pemerintah, atau peringkat terkecil - sekolah -
mestilah bersikap adil terhadap entiti yang paling penting dalam
pendidikan; iaitu murid itu sendiri.
Syarat ketiga supaya bahasa itu dapat berfungsi dalam pendidikan ialah partisipasi masyarakat. Jika Mahathir sudah pasti benar-benar mendapat partisipasi masyarakat, ya silakan. Namun demikian syarat ini juga menuntut satu peneropongan yang lebih cermat iaitu polisi bahasa dalam pendidikan mesti tidak sampai mengakibatkan marginalisasi sosial kerana terdapat pengucilan murid yang tidak berupaya mengejar. Tambahan pula di bawah syarat ini, harus ada lingkungan yang cukup untuk berkomunikasi dengan murid supaya apa yang ia dapat di sekolah itu tersemai di luar.
Cakap macam ‘The Crown’
Ini tidak akan berlaku jika murid itu belajar darab dalam bahasa Inggeris di sekolah, dan apabila ke kedai runcit ia dipaksa bertutur dengan bahasa Melayu dialek Utara. Melainkan Mahathir menggugurkan nasionalisme dari kolar bajunya dan kita semua sekarang buang sahaja bahasa kebangsaan dan bercakap dalam bahasa Inggeris. Secara ringkas, saya ingin mengatakan; pastikan masyarakat dapat menampung polisi berbahasa Inggeris dalam subjek tertentu di sekolah ini terlebih dahulu, sebelum melaksanakannya. Bukan sahaja murid harus bersedia, masyarakat itu sendiri harus ikut siap-siaga.
Syarat keempat bahasa yang ingin diperkenalkan dalam sektor pendidikan ialah autonomi. Ini bermaksud, sudah ada kemampuan, dan tiada kebergantungan mereka yang melaksanakan dasar PPSMI ini terhadap pihak lain. Guru sebagai contoh tidak perlu bergantung guru lain, atau tidak perlu terkial bantuan kamus untuk mengungkapkan bahasa Inggeris ketika mengajar anatomi. Beringat, bukan semua guru kita bekas johan debat di Universiti Islam Antarabangsa. Juga, bukan semua murid kita berhabuk pertuturan ala The Crown di Netflix. Murid kita lebih fasih bertutur Melayu telo Jawa ala Ariel Peter Pan (kerana bibik di rumah mengira dalam bahasa Madura, Sunda, Sasak, Batak, Bugis dan Tuhan tahu apa lagi).
Syarat kelima bahasa dalam bidang pendidikan ialah, yang selalu kita sampingkan. Saya sebut ia sebagai keamanan. Apakah yang dimaksudkan dengan keamanan? Ia bukan bermaksud tiada kejadian tembak-menembak di luar bangunan sekolah (Moga Allah jauhkan kita dari menjadi Amerika syarikat). Akan tetapi yang saya maksudkan ialah keamanan jiwa. Murid harus tidak berdebar-debar setiap kali muncul subjek sains dan matematik.
Semua di atas memaksakan kita kepada perenungan bahawa dasar PPSMI 2.0 ini adalah satu bencana jika diteruskan juga.
Jadi apa sebab juga Mahathir ingin menyuguhkan PPSMI? Maka kita tiba ke sebab kedua. Iaitu keinginan beliau melihat masyarakat Malaysia mencipta, berdaya saing dalam teknologi, dan seterusnya maju. Ini terserlah dalam tulisan beliau A New Deal for Asia tercatat begini:
“The Americanisation or Europeanisation of our people is not the aim, in fact, it would be detrimental to our goals. we should be willing to learn from other cultures and know that accepting certain aspects of foreign culture does not necessarily make us less Asian, less malay. we do not become European simply because we wear a coat and a tie, speak english, and practise democracy instead of feudalism. we have to learn the language of international communication, and the language of telecommunication, of computers, of the internet.”
Baja minda saintifik
Saya akan menjawab sebab kedua ini.
Jika kita ingin mencipta sains dan teknologi. Yang harus kita bangunkan ialah minda saintifik masyarakat Malaysia. Bukannya menyulitkan mereka dengan bahasa yang lain pula. Minda saintifik datang dari minda yang kreatif, tidak disensor (diharamkan karya seni sebagai contoh), dan minda yang resistan tidak mengalah. Adakah apa yang kita baja di sekolah cukup mendorong minda saintifik?
Pertama, Tun harus mengerti bahawa pusat budaya kita ada pada bahasa, dan terbangun di sekolah. Hanya Donald Trump yang percaya pusat budaya itu ada di bank. Kamu bukan Donald.
Untuk menghasilkan sains dan teknologi, kita perlu memupuk minda, lingkungan dan cara berfikir yang saintifik. Itu tak akan dapat dicapai jika makanan percuma di sekolah pun kita beri secara pilih-pilih. Pengasuhan minda saintifik harus mengambil kira mental dan etiket budaya. Kita tidak dapat meletakkan etiket rambutan pada buah durian misalnya. Itu salah sekali.
Kedua, minda saintifik itu bukan dibina sehari semalam. Kita perlu melabur besar untuk minda saintifik. Profesor Kenji Morigchi, pada tahun 1967, dalam satu konferens Modernisasi Bahasa-Bahasa Asia dengan judul makalah “The Modernization of the Japanese Language from the 19th to the 20th Century” mengisahkan apabila Jepun menyedari bahawa mereka perlu menyemai minda saintifik pada masyarakatnya, yang pertama ia lakukan adalah melakukan rumah terjemahan. Jepun mulai mendanai ramai anak muda mempelajari bahasa asing. Maka tahun 1796 terdapat kamus Belanda-Jepun.
Ketiga, dari terjemahan itulah ditanam rasa suka
kepada ciptaan-ciptaan. Rasa ingin mencuba, citarasa tinggi dan kesukaan
kepada kreativiti. Tanpa dibonsai dan dilarang bila rasa tersindir.
Bila semua lingkungan dan rujukan sudah cukup tepu dengan dorongan
kepada minda saintifik maka saintis akan lahir. Ciptaan akhirnya tidak
datang hanya daripada orang kaya. Ia juga datang daripada orang miskin.
Saya merayu agar diperhatikan orang miskin. Ini kerana untuk beribu tahun lamanya, menolong orang miskin bukanlah tradisi dominan nenek moyang kita. Yang saya maksudkan menolong bukan menabur kekayaan kepada orang miskin tetapi menumbuhkan kebolehan pada mereka.
Akhir sekali Tun, bahasa tidak menunjukkan bangsa. Bahasa itu membentuk atau mencipta bangsa.
Di awal artikel ini saya menyebutkan bahasa itu komunikasi. Itu makna dan kerangka diberi orang Inggeris. Bahasa dalam sarwa pandang Melayu juga bermakna budi. Orang tidak mengatakan seseorang itu berbahasa kalau dia mencarut. Apatah lagi keras kepala. Tun haruslah berdialog, bermusyawarah, dan bertanya kepada rakyat jelata yang bukan dari generasi boomer di Malaysia ini. Sasterawan besar Indonesia YB Mangunwijaya ada sekali mengatakan, dalam makalah hebatnya Trilogi Kemiskinan, betapa yang tidak tahu bermusyawarah itu adalah “bandit, pelacur, dan mafia”.
Saya kira selepas hari Rabu yang mah harum ibarat ros pada 9 Mei 2018 lalu, Malaysia sudah meninggalkan lipatan sejarah bandit, pelacur dan mafia.
Saya kira begitu. Saya kira dalam bahasa Melayu. Tetapi apakah kiraan saya itu meleset? Lantaran ada yang mengira dalam bahasa ala Inggeris?
Sekiranya kita merujuk kepada kamus bahasa Inggeris, untuk mencari makna kata language kita akan diberikan antara lain definisi seperti berikut:
1. The
method of human communication, either spoken or written, consisting of
the use of words in a structured and conventional way. >> any
methods of expression or communication: body language. 2. The system of
communication used by a particular community or country (...). 3. The
manner or style of a piece of writing or speech.
Makna
di atas diberikan oleh kamus Pearsall. Justeru, dalam kerangka bahasa
Inggeris; bahasa adalah, pertamanya komunikasi (satu alat berhubung).
Keduanya, digunakan sebagai satu alat penyatuan untuk bangsa-bangsa
tertentu. Ketiga, satu pilihan untuk digunakan dalam penulisan dan
pertuturan.
Apabila
Mahathir Mohamad mencadangkan pengajaran dan pembelajaran sains dan
matematik dalam bahasa Inggeris (untuk kali keduanya), kita dapat
menebak hasrat Mahathir itu adalah untuk membaiki mutu bahasa Inggeris
dalam kerangka makna yang ketiga di atas. Sudah tentu, beliau tidak
memaksudkan bahasa Melayu digantikan dengan bahasa Inggeris sebagai
bahasa perpaduan, apatah lagi bahasa kebangsaan dalam konteks pengertian
kedua language di atas. Itu kita pasti. sebab Mahathir adalah
nasionalis Melayu ulung. Dia telah menyatukan rakyat Malaysia yang waras
untuk membuang Najib, Zahid dan pengekor mereka.
Jenaka kerana kita membayangkan seorang guru asal Kuala Lipis, Pahang berhubung dengan muridnya asal Tumpat, Kelantan; mengajarkan subjek pembundaran dalam matematik (jika guru menggunakan terjemahan Google, beliau akan beroleh kata roundabout), di sebuah sekolah di ceruk Kelantan Darul Mercedes.
Melainkan murid itu benar-benar menguasai bahasa lain dari bahasa ibunda maka murid boleh diberi hak dan “pilihan” untuk memilih bahasa komunikasinya.
Maya Karin pun akan setuju
Bahasa adalah satu produk budaya. Ia boleh berfungsi digunakan dalam bidang pendidikan, tetapi untuk berfungsi dalam pendidikan ia mempunyai beberapa syarat tertentu sebelum boleh berperanan di sekolah atau universiti.
Syarat pertama adalah solidariti. Dalam bidang pendidikan, untuk kita memperkenalkan satu-satu polisi atau perubahan; fragmentasi dan disintegrasi akan melemahkan ikatan sebenar pendidikan iaitu membentuk manusia atau membangunkan peribadi. Pendidikan bukan untuk menghasilkan robot yang mampu bertutur “yes sir, you want coffee or tea” tetapi adalah untuk menjadikan manusia itu manusia yang manusiawi. Kita hantar anak ke sekolah agar mereka jadi orang.
Kita tidak dapat menghindar, cadangan PPSMI 2.0 ini tidak akan memupuk rasa kebersamaan. Anak-anak yang tidak belajar di bawah Dual Language Program (DLP) di sekolah yang punya program DLP memandang tiadanya ketidakadilan kerana perhatian dan wang yang lebih dicurahkan kepada anak-anak DLP secara rasmi, dan tidak rasmi. Meletakkan PPSMI 2.0 di sekolah seluruh negara akan mendorong keterciciran sekolah yang memang sedia terkebelakang, khusus di pedalaman. Ia hanya menguntungkan sebahagian kecil masyarakat. Ia mematikan syarat untuk meletakkan sesuatu bahasa dalam pendidikan; solidariti.
Itu belum lagi, dengan ingatan, sekolah di negara ini memang bercempera dan tiada solidariti. Kita boleh melihat ada beberapa jenis sekolah; kebangsaan - jenis kebangsaan - agama - internasional - integrasi agama dan Tuhan tahu apa lagi.
Kedua, ia membawa kita kepada implikasi besar. Bahasa dalam bidang pendidikan mesti mengambil kira keadilan. Dalam hal ini keadilan adalah antara individu dengan individu. Pope Emeritus Benedict akan menyebutkan dalam Latin sebagai justitia commutativa. Bahasa harus memberikan kesetaraan supaya ada hubungan antara individu terhadap masyarakat atau justitia legalis.
Syarat ketiga supaya bahasa itu dapat berfungsi dalam pendidikan ialah partisipasi masyarakat. Jika Mahathir sudah pasti benar-benar mendapat partisipasi masyarakat, ya silakan. Namun demikian syarat ini juga menuntut satu peneropongan yang lebih cermat iaitu polisi bahasa dalam pendidikan mesti tidak sampai mengakibatkan marginalisasi sosial kerana terdapat pengucilan murid yang tidak berupaya mengejar. Tambahan pula di bawah syarat ini, harus ada lingkungan yang cukup untuk berkomunikasi dengan murid supaya apa yang ia dapat di sekolah itu tersemai di luar.
Cakap macam ‘The Crown’
Ini tidak akan berlaku jika murid itu belajar darab dalam bahasa Inggeris di sekolah, dan apabila ke kedai runcit ia dipaksa bertutur dengan bahasa Melayu dialek Utara. Melainkan Mahathir menggugurkan nasionalisme dari kolar bajunya dan kita semua sekarang buang sahaja bahasa kebangsaan dan bercakap dalam bahasa Inggeris. Secara ringkas, saya ingin mengatakan; pastikan masyarakat dapat menampung polisi berbahasa Inggeris dalam subjek tertentu di sekolah ini terlebih dahulu, sebelum melaksanakannya. Bukan sahaja murid harus bersedia, masyarakat itu sendiri harus ikut siap-siaga.
Syarat keempat bahasa yang ingin diperkenalkan dalam sektor pendidikan ialah autonomi. Ini bermaksud, sudah ada kemampuan, dan tiada kebergantungan mereka yang melaksanakan dasar PPSMI ini terhadap pihak lain. Guru sebagai contoh tidak perlu bergantung guru lain, atau tidak perlu terkial bantuan kamus untuk mengungkapkan bahasa Inggeris ketika mengajar anatomi. Beringat, bukan semua guru kita bekas johan debat di Universiti Islam Antarabangsa. Juga, bukan semua murid kita berhabuk pertuturan ala The Crown di Netflix. Murid kita lebih fasih bertutur Melayu telo Jawa ala Ariel Peter Pan (kerana bibik di rumah mengira dalam bahasa Madura, Sunda, Sasak, Batak, Bugis dan Tuhan tahu apa lagi).
Syarat kelima bahasa dalam bidang pendidikan ialah, yang selalu kita sampingkan. Saya sebut ia sebagai keamanan. Apakah yang dimaksudkan dengan keamanan? Ia bukan bermaksud tiada kejadian tembak-menembak di luar bangunan sekolah (Moga Allah jauhkan kita dari menjadi Amerika syarikat). Akan tetapi yang saya maksudkan ialah keamanan jiwa. Murid harus tidak berdebar-debar setiap kali muncul subjek sains dan matematik.
Sudahlah subjek itu subjek maut, mereka akan huru-hara,
berbencana, penuh gempa, dan ada ribut badai tiap kali tiba kelas sains.
Ini kerana dalam hati mereka akan sentiasa cuak, penuh glasier,
bagaimana akan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan guru yang disangka
pandai bahasa Inggeris tetapi dua kali lima. Bila hati tidak aman, minda
terasa serabut, ia hanya mendatangkan kebencian. Ia hanya mendorong
jiwa kacau. Hasrat yang diingini Tun tidak tercapai. Sudahlah sekolah
dirasa penjara. Sekarang sekolah akan dirasa wad sakit jiwa. Bayangkan,
guru pun ada rasa sama, membuak dalam perut tatkala mengajar ilmu hisab
dalam bahasa Inggeris.
Jadi apa sebab juga Mahathir ingin menyuguhkan PPSMI? Maka kita tiba ke sebab kedua. Iaitu keinginan beliau melihat masyarakat Malaysia mencipta, berdaya saing dalam teknologi, dan seterusnya maju. Ini terserlah dalam tulisan beliau A New Deal for Asia tercatat begini:
“The Americanisation or Europeanisation of our people is not the aim, in fact, it would be detrimental to our goals. we should be willing to learn from other cultures and know that accepting certain aspects of foreign culture does not necessarily make us less Asian, less malay. we do not become European simply because we wear a coat and a tie, speak english, and practise democracy instead of feudalism. we have to learn the language of international communication, and the language of telecommunication, of computers, of the internet.”
Baja minda saintifik
Saya akan menjawab sebab kedua ini.
Jika kita ingin mencipta sains dan teknologi. Yang harus kita bangunkan ialah minda saintifik masyarakat Malaysia. Bukannya menyulitkan mereka dengan bahasa yang lain pula. Minda saintifik datang dari minda yang kreatif, tidak disensor (diharamkan karya seni sebagai contoh), dan minda yang resistan tidak mengalah. Adakah apa yang kita baja di sekolah cukup mendorong minda saintifik?
Pertama, Tun harus mengerti bahawa pusat budaya kita ada pada bahasa, dan terbangun di sekolah. Hanya Donald Trump yang percaya pusat budaya itu ada di bank. Kamu bukan Donald.
Untuk menghasilkan sains dan teknologi, kita perlu memupuk minda, lingkungan dan cara berfikir yang saintifik. Itu tak akan dapat dicapai jika makanan percuma di sekolah pun kita beri secara pilih-pilih. Pengasuhan minda saintifik harus mengambil kira mental dan etiket budaya. Kita tidak dapat meletakkan etiket rambutan pada buah durian misalnya. Itu salah sekali.
Kedua, minda saintifik itu bukan dibina sehari semalam. Kita perlu melabur besar untuk minda saintifik. Profesor Kenji Morigchi, pada tahun 1967, dalam satu konferens Modernisasi Bahasa-Bahasa Asia dengan judul makalah “The Modernization of the Japanese Language from the 19th to the 20th Century” mengisahkan apabila Jepun menyedari bahawa mereka perlu menyemai minda saintifik pada masyarakatnya, yang pertama ia lakukan adalah melakukan rumah terjemahan. Jepun mulai mendanai ramai anak muda mempelajari bahasa asing. Maka tahun 1796 terdapat kamus Belanda-Jepun.
Pada tahun 1774 diterbitkan pula kamus Jepun untuk
istilah-istilah sains. Kemudian tahun 1811 pemerintah Tokugawa
mengasaskan badan menerjemah pelbagai buku dalam semua jenis ilmu ke
bahasa Jepun. Badan inilah yang kemudian menjadi Imperial University,
dan kemudian Tokyo University. Maka selepas Meiji Restoration dalam
tahun 1868, anak Jepun tidak perlu belajar bahasa asing untuk mengerti
pelbagai cabang ilmu. Cukup segelintir yang melakukannya, tetapi
berkesan.
Saya merayu agar diperhatikan orang miskin. Ini kerana untuk beribu tahun lamanya, menolong orang miskin bukanlah tradisi dominan nenek moyang kita. Yang saya maksudkan menolong bukan menabur kekayaan kepada orang miskin tetapi menumbuhkan kebolehan pada mereka.
Akhir sekali Tun, bahasa tidak menunjukkan bangsa. Bahasa itu membentuk atau mencipta bangsa.
Di awal artikel ini saya menyebutkan bahasa itu komunikasi. Itu makna dan kerangka diberi orang Inggeris. Bahasa dalam sarwa pandang Melayu juga bermakna budi. Orang tidak mengatakan seseorang itu berbahasa kalau dia mencarut. Apatah lagi keras kepala. Tun haruslah berdialog, bermusyawarah, dan bertanya kepada rakyat jelata yang bukan dari generasi boomer di Malaysia ini. Sasterawan besar Indonesia YB Mangunwijaya ada sekali mengatakan, dalam makalah hebatnya Trilogi Kemiskinan, betapa yang tidak tahu bermusyawarah itu adalah “bandit, pelacur, dan mafia”.
Saya kira selepas hari Rabu yang mah harum ibarat ros pada 9 Mei 2018 lalu, Malaysia sudah meninggalkan lipatan sejarah bandit, pelacur dan mafia.
Saya kira begitu. Saya kira dalam bahasa Melayu. Tetapi apakah kiraan saya itu meleset? Lantaran ada yang mengira dalam bahasa ala Inggeris?
FAISAL TEHRANI ialah pengarang dan felo pengkaji di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.