Segerakan usaha tangani impak COVID-19
CORONAVIRUS
2019 atau COVID-19 dikatakan bermula dari pasar basah Wuhan di China,
sebelum merebak dengan pantas. Sehingga saat ini, jangkitannya
menjangkau 28 negara termasuk Malaysia.
Meskipun langkah proaktif diambil China dan negara lain yang terjejas untuk mengelak penularannya, kita dapati bilangan dijangkiti dan jumlah kematian terus mencatatkan peningkatan dengan kadar yang progresif. Ini pastinya membimbangkan.
Sudah pasti ini akan memberi impak kepada ekonomi dunia dan Malaysia secara khusus. Antaranya, sektor pelancongan, perdagangan dan pelaburan.
Dari segi pertumbuhan, pakar ekonomi meramalkan pertumbuhan China akan jatuh 1.5 peratus lebih rendah untuk sukuan pertama 2020 dan pertumbuhan ekonomi dunia juga akan terkesan dengan kadar purata 0.5 peratus lebih rendah.
Impak yang paling utama adalah eksport China dan kesannya ke atas rantaian bekalan dunia.
Seperti kita tahu, China adalah negara yang paling banyak menerima barang mentah sebelum ia ditukar kepada barang pembuatan atau produk.
Disebabkan sekatan dibuat kerajaan China, banyak kilang dan syarikat di negara itu terpaksa ditutup dan memberhentikan pengeluaran. Ia memberi masalah besar kepada gangguan bekalan rantaian penawaran.
Bagi Malaysia sendiri, China antara rakan dagang yang terbesar selepas Singapura, di mana jumlah import Malaysia dari China pada 2018 adalah AS$43.3 bilion, iaitu lebih kurang 20 peratus berbanding jumlah keseluruhan import Malaysia.
Disebabkan COVID-19, pengeluaran berkurangan dan menyebabkan penawaran di pasaran terjejas. Kesannya harga barang secara perlahan-lahan akan meningkat, termasuk di Malaysia.
Malah, kegiatan industri pembuatan di dunia juga turut terjejas. Berdasarkan data Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD), China adalah negara pengeksport terbesar komponen elektrik dan elektronik dan ini akan menyebabkan syarikat daripada pelbagai negara akan mengalami kekurangan bahan di sektor pembuatan.
Ini sudah pasti mengganggu industri pembuatan dunia di kebanyakan negara, termasuk Malaysia.
Selain itu, COVID-19 menimbulkan suasana panik dan wujud elemen ketidakpastian. Misalnya ramai yang masih samar sampai bila kuarantin perlu dilakukan.
Sudah pasti akhirnya menyebabkan banyak tugas atau kerja harian terjejas dan ini akan memberikan implikasi produktiviti pekerja yang semakin menurun.
COVID-19 menimbulkan kepanikan pada orang ramai dan ini tentu akan menyebabkan sektor pelancongan paling parah menerima kesan.
Bukan sahaja pelancong antarabangsa khususnya dari China membatalkan hasrat bercuti di Malaysia, malah pelancong tempatan juga berkurangan dengan mendadak.
Puncanya rakyat tempatan sendiri mengambil langkah sama dan mengelak berada di tempat awam yang berisiko tinggi.
Apabila bilangan pelancong berkurang, sudah pasti industri lain seperti perhotelan, agensi pelancongan, peruncitan, pengangkutan dan restoran akan turut terjejas.
Berdasarkan maklumat dikeluarkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, industri pelancongan sudah kerugian RM3 bilion akibat daripada COVID-19, disebabkan kira-kira 80 peratus pengurangan bilangan pelancong.
Selain sektor pelancongan, sektor logistik atau pengangkutan juga antara yang terjejas kerana banyak pelancong antarabangsa dan tempatan membatalkan tempahan kapal terbang.
Malah, pengangkutan kargo udara dan laut juga terjejas teruk kerana banyak kargo atau bilangan kontena yang tersekat, iaitu terpaksa ditunda masuk dan keluar daripada sesebuah negara, bagi mengekang penularan COVID-19.
Sektor pelaburan juga tidak kurang terjejas kerana wujudnya elemen ketidakpastian daripada pelabur dalam dan luar negara akibat COVID-19.
Cuma datanya masih terlalu awal untuk kita kaji kesannya kepada pelaburan.
Ada ahli ekonomi meramalkan kesan ekonomi hanya bersifat sementara dan ada juga yang mengatakan ia akan memakan masa yang lama untuk pulih.
Namun, selagi mana jumlah angka kematian dan kadar jangkitan meningkat serta tiada vaksin atau ubat lagi ditemui untuk menangani COVID-19, ia pasti akan mengambil masa panjang untuk pulih.
Justeru, perlu ada pakej rangsangan ekonomi daripada pihak pembuat dasar atau kerajaan supaya dapat membantu industri terjejas secara langsung daripada COVID-19 bagi memastikan ekonomi negara terus mapan dan tiada industri atau syarikat yang terpaksa bergulung tikar.
Penulis adalah Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari, Universiti Kebangsaan Malaysia

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.