https://critoxium.com/shop/

Terkini

Bincang Kabinet baharu, Zahid dapat tangguh bicara esok

KUALA LUMPUR, 2 Mac — Perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berlangsung hari ini selepas presiden Umno terlibat dalam perbincangan membentuk Kabinet.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah membenarkan penangguhan untuk hari ini sahaja.

Mahkamah sebelum ini menetapkan hari ini, 3, 6 dan 23 Mac, 13 hingga 16 April, 27 hingga 30 April serta beberapa hari lagi pada Mei dan Jun untuk hari perbicaraan.

Zahid terlibat dengan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.