Tun M: Saya rasa dikhianati oleh Muhyiddin
KUALA LUMPUR, — Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kecewa
terhadap individu yang merancang untuk menubuhkan kerajaan tanpa Pakatan
Harapan (PH) sejak lama, orang sama yang baru mengangkat sumpah sebagai
perdana menteri
Ditanya jika kecewa dengan tindakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyebabkan krisis politik negara, Dr Mahathir sebaliknya berkata presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih mengecewakannya.
“Dia (Azmin) ada agenda sendiri tetapi dia pilih untuk
bekerja dengan Muhyiddin,” katanya dalam sidang media di Yayasan
Al-Bukhary.
“Tetapi saya paling terasa dikhianati oleh Muhyiddin. Dia dah lama merancang dan kini dia berjaya.”
Dr Mahathir juga mendedahkan tindakan Muhyiddin melantik diri sendiri sebagai presiden PPBM tidak mengikut undang-undang.
Disebabkan
itu katanya dia tidak ada kuasa untuk menyingkirkan Muhyiddin daripada
PPBM kerana kuasa parti terletak ditangan wakil rakyat Pagoh.
Ditanya jika kecewa dengan tindakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyebabkan krisis politik negara, Dr Mahathir sebaliknya berkata presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih mengecewakannya.
“Tetapi saya paling terasa dikhianati oleh Muhyiddin. Dia dah lama merancang dan kini dia berjaya.”
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.