Anwar kesal penyokong buat kecoh, serang pemimpin parti
KUALA LUMPUR, 2 Mac — Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
meluahkan kekesalannya terhadap kekecohan yang berlaku di luar ibu
pejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi di mana Naib Presiden Tian Chua
diserang segelintir penyokong parti.
“Saya amat kesal bila di pejabat Keadilan ada penyokong hilang pertimbangan dan menyerang orang.
“Kalau benar penyokong tegar mesti ada akhlak dan kawal
disiplin. Jangan caci maki dan jangan fitnah kerana ia bertentangan
prinsip akhlak,” katanya dalam Majlis Zikir, Selawat Nuril, di
kediamannya, di sini malam tadi.
Anwar berkata penyokong tidak berhak untuk bertindak sedemikian meskipun segelintir pemimpin parti itu mempunyai pendapat berbeza.
Anwar
turut menjelaskan beliau tiada pilihan tetapi menyerahkan perkara itu
kepada pihak berkuasa dan lembaga dispilin parti untuk tindakan
selanjutnya.
Petang
tadi, berpuluh penyokong parti yang mengamuk, menghambur kata-kata
kesat termasuk ‘anjing’ dan ‘pengkhianat’ terhadap Tian Chua selain
membaling botol air dan menamparnya ketika beliau hendak memasuki
kenderaan.
Turut dihambur dengan kata-kata kesat ialah Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin. — Bernama
“Saya amat kesal bila di pejabat Keadilan ada penyokong hilang pertimbangan dan menyerang orang.
Anwar berkata penyokong tidak berhak untuk bertindak sedemikian meskipun segelintir pemimpin parti itu mempunyai pendapat berbeza.
Turut dihambur dengan kata-kata kesat ialah Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.