Khazanah kembali untung, isytihar dividen RM1 bilion
Khazanah Nasional Bhd yang kembali untung pada 2019 mengisytiharkan dividennya RM1 bilion kepada kerajaan.
Dana syarikat pelaburan negara itu mencapai keuntungan daripada operasi sebanyak RM7.36 bilion, berbanding kerugian operasi RM6.27 bilion pada 2018.
Keuntungan daripada pemberhentian pelaburan meningkat kepada RM9.9 bilion berbanding RM1.4 bilion pada 2018.
Dilaporkan, penurunan nilai lebih rendah bagi tahun yang ditinjau pada RM4.9 bilion berbanding tahun sebelumnya, RM7.3 bilion.
Khazanah menyaksikan kedudukan kewangannya mengukuh dengan perbelanjaan berkurangan 28.2% kepada RM484 juta, berbanding RM674 juta pada 2018.
“Pencapaian 2019 kami berjaya dicapai walaupun dengan keadaan ketidaktentuan dalam lanskap global, yang menyaksikan proses Brexit berlanjutan, selain perang dagangan AS-China semakin tegang,” kata Pengarah Urusan Khazanah Shahril Ridza Ridzuan dalam satu kenyataan.
“Ia lebih mencabar dengan keadaan persekitaran keuntungan rendah yang berterusan dan pertumbuhan ekonomi lebih perlahan secara keseluruhannya,” katanya.
Beliau berkata di sebalik semua cabaran, syarikat pelaburan negara itu berjaya mencapai perkembangan penting dalam menyempurnakan mandatnya untuk pertumbuhan kekayaan Malaysia bagi jangka panjang.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.