https://critoxium.com/shop/

Terkini

Ibrah Politik Yang Mungkin Boleh Diambil Iktibar

Oleh Che Ibrahim Mohamed

Pada Tahun 2009, apabila MB Perak Mohd Nizar Jamaluddin (PAS) hilang sokongan majoriti dari adun2 Perak, beliau telah memohon untuk membubar Dun, tetapi tidak diperkenankan oleh Al Sultan.

Zambree(BN) mengambil kesempatan dengan mengemukakan Akuan Bertulis(SD) dari adun adun yang menyokongnya kepada Sultan Perak bahawa beliau telah mempunyai sokongan yang cukup(majoriti mudah) untuk dilantik sebagai MB Perak yang baru, lalu diperkenankan oleh Al Sultan.


Kes ini telah berlarutan hingga ke Mahkamah Persekutuan dengan keputusan adalah menjadi hak dan kuasa Al Sultan untuk tidak memperkenankan permintaan seorang MB membubarkan Dun.

Sultan juga boleh menggunakan apa kaedah sebagai satu representasi untuk membuktikan seorang MB itu telah hilang sokongan majoriti atau telah ada sokongan majoriti.

Pada Tahun 2018, sebaik sahaja mendapat keputusan PRU 14 bagi Dun Sabah, Musa Aman(BN) telah mengadap TYT Sabah dan mendakwa telah ada sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan, lalu TYT memperkenan untuk beliau mengangkat sumpah sebagai KM Sabah.

Tetapi beberapa jam selepasnya, Shafie Afdhal (Warisan) masuk mengadap dan menunjukkan bukti bukti kepada TYT bahawa beliau mempunyai sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan, sekaligus menafikan dakwaan Musa Aman (BN), lalu beliau diperkenankan angkat sumpah KM yang baru dan perlantikan Musa Aman terbatal dengan sendiri.

Adakah sejarah ini akan berulang atau apakah sejarah baru politik negara akan tercipta pada hari ini apabila kelmarin YDPA telah memperkenan Muhyidin (Pengkhianat PH + BN +Pas + lain lain) sebagai PM kerana pada hemat YDPA mungkin Muhyidin mempunyai sokongan yang cukup, tetapi semalam, Mahathir (PH) berjaya membuktikan beliau mempunyai sokongan yang cukup untuk dilantik sebagai PM dan menafikan dakwaan Muhyidin???
Kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya hari ini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.