Ramai Yang Tidak Mengenali Wan Azizah..
Ramai yang tidak mengenali Anwar Ibrahim tapi terus menerus menghina dan memfitnah beliau.
Semasa saya mula bekerja untuk Kak Wan, Anwar masih di penjara Sungai Buluh.
Antara tugasan saya untuk Anwar adalah menyiapkan senarai buku yang
diminta beliau dibawa dari perpustakaan di rumah beliau di Segambut ke
penjara.
Pertama kali memasuki perpustakaan beliau di Bukit Segambut saya sudah terpukau dengan jumlah buku yang berbilang tajuk. Tafsir Al-Quran pelbagai jenis. Kami sempat menyusun semula perpustakaan tersebut dan tafsir Al-Quran sahaja penuh satu almari.
Tugasan lain adalah menyalin surat tulisan tangan beliau dari penjara ke dalam komputer. Beliau selalu memetik kata-kata ilmuwan di dalam surat-surat tersebut. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang sangat baik teratur.
Selain itu, bila ada kes di mahkamah, kami akan sibuk bertungkus-lumus menyiapkan juadah-juadah kegemaran beliau untuk dibawa ke mahkamah. Di mahkamah pula saya akan berhimpit pula degan petugas media untuk mengambil foto Anwar Ibrahim.
Saya sering merasa putus asa ketika awal bekerja dahulu. Saya menangis setiap kali pergi dan balik kerja.
Tapi setiap kali ke mahkamah dan memandang wajah Anwar Ibrahim yang kekal tersenyum dan ceria walaupun dizalimi dengan dipenjarakan atas kesalahan yang tidak dilakukan, saya menangis lagi dan kuatkan hati.
Saya tak boleh putus asa, perjuangan memang panjang dan memenatkan. Perjuangan akan sukar dan melukakan. Tapi perjuangan perlu diteruskan. Kesulitan dan kepayahan yang saya lalui terlalu kecil berbanding apa yang Anwar lalui.
Ketika itu, matlamat saya cuma satu, saya akan menjadi pembantu yang setia pada keluarga Anwar Ibrahim sehingga beliau mendapat kebebasan. Saya perlu bersabar dan terus bersabar.
Semakin saya mengenali keluarga beliau saya semakin jatuh cinta. Saya tidak faham mengapa orang terus menghina, mencerca dan memfitnah.
Kak Wan tidak pernah lepas tasbih dari tangannya. Sentiasa membaca Yasin setiap kali masuk kenderaan. Setiap pagi sebelum sarapan, beliau akan membaca Al-Quran dahulu. Jika saya ada bersama, beliau selalu berkongsi maksud ayat Al-Quran yang beliau bacakan bersama saya.
Setiap kali perlu kerja di luar kawasan, Kak Wan akan memberi arahan untuk menempah hotel dan bilik yang sederhana dan tidak besar. Ada sekali bilik yang ditempah terlalu besar dan Kak Wan meminta untuk bilik itu ditukar ke saiz yang lebih kecil.
Ketika pembangkang, saya memang berkongsi bilik dengan beliau untuk menjimatkan kos dan tidak membazir. Saya saksikan sendiri setiap malam beliau akan bangun qiamullail. Walaupun setelah kepenatan seharian berkempen, beliau tetap akan bangun, tidak tinggal untuk berqiamullail. Kadang-kadang saya lihat beliau akan tertidur di atas sejadah.
Kak Wan sangat pemurah, ke mana pun beliau pergi bila ternampak ada yang memerlukan, beliau akan berikan duit kepada saya untuk saya sampaikan. Beliau selalu berpesan supaya jangan ambil gambar dan bagitahu orang sebab risau pahala sedekahnya akan berkurang.
Kak Wan akan jahit sendiri baju-baju lama beliau yang koyak dan pakai kembali. Terlalu jarang beliau membeli baju baru melainkan untuk hari raya.
Ada baju yang Kak Wan minta saya carikan tukang jahit untuk baiki supaya boleh dipakai lagi, tapi bila dibawa ke tukang jahit, tukang jahit tersebut tidak tahu bagaimana lagi mahu menampal dan membaiki baju tersebut.
Begitu juga beg tangan, apa yang dipakai adalah pemberian orang. Tidak pernah dia berbelanja untuk beg tangan sepanjang saya bekerja dengan beliau.
Begitulah cermatnya Kak Wan dalam berbelanja untuk keperluan peribadinya.
Bila membaca sejarah kepimpinan Umar Al-Khattab yang semasa menjadi Khalifah berpakaian sangat sederhana dengan baju yang penuh dengan tampalan. Saya membayangkan Kak Wan.
Barangkali tidaklah sampai ke tahap Khalifah Umar, tetapi sungguh, kebanyakan bajunya berusia lebih 20 tahun dan akan dijahit jika terkoyak.
Begitulah isteri yang dididik menjadi pemimpin dan hamba Allah oleh Anwar Ibrahim. Saya tidak melihat sendiri karakter dan ciri-ciri Anwar Ibrahim. Tetapi jika insan seperti Kak Wan boleh setia dan kasih yang tidak berpenghujung kepada Anwar Ibrahim. Individu bernama Anwar Ibrahim pasti seorang yang sangat luar biasa.
Selalu, ketika pembangkang dahulu Kak Wan akan bercerita berkenaan kenangan-kenangan bahagia bersama Anwar Ibrahim. Jelas kerinduan kepada suami yang dipenjara ketika itu. Saya menangis lagi mendengar cerita-cerita tersebut.
Saya tidak faham kenapa orang terlalu risau Islam akan berkubur di tangan pemimpin seperti itu.
Saya tidak faham mengapa orang lebih yakin kepada pemimpin Melayu yang korup dan pecah amanah hanya kerana pemimpin itu Islam. Adakah Islam agama yang korup dan pecah amanah?
Sepanjang 5 tahun saya bekerja dengan Kak Wan, saya tidak nampak beliau mempunyai ciri-ciri liberal. Malah, kami sering menjolok beliau sebagai sufi kerana kuat ibadatnya dan kuatnya kebergantungan beliau kepada Allah. Tapi beliau adalah sufi sosial yang tidak berhenti berkhidmat dan menyumbang untuk kebaikan masyarakat.
Melihatkan rakyat Malaysia yang diracuni dengan nilai rasis Islam dan Melayu yang ekstremis sampai tidak dapat membezakan yang mana nilai Islam hakiki dan yang mana satu nilai yang dikaburi demi menjaga kekayaan dan kuasa pemimpin yang rakus dan tamak haloba, saya merasakan perjuangan ini masih panjang dan berliku.
Allah akan terus menguji kita untuk melihat siapakah antara kita yang akan teguh beriman dan mempertahankan kesucian agamanya.
Perjuangan ini bukanlah demi Anwar Ibrahim dan keluarganya. Perjuangan ini demi meraih syurga yang dijanjikan Allah untuk hambaNya yang terus teguh di atas jalan kebenaran dan keadilan.
Lima tahun yang penuh air mata. Tapi Saya sentiasa bahagia di atas jalan ini.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.