Kerusi paling banyak, Umno rasa bagai dipinggir
KUALA LUMPUR, — Tan Sri Shahrir Abdul Samad menimbulkan
beberapa isu tentang kerajaan yang baru dibentuk Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
Menurut bekas menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, pada asalnya gabungan politik itu kerjasama antara BN dan PAS dengan Parti Peribumi Bersatu (PPBM) serta kumpulan diterajui Datuk Seri Azmin Ali dibuat secara “en bloc” kini menimbulkan tanda tanya padanya.
“Keputusan dan tindakan secara ‘en bloc’ oleh BN bersama
PAS berjaya dilaksanakan sehingga perkenan Agong untuk Muhyiddin menjadi
PM.
“Tetapi apabila tiba kepada peringkat perlantikan anggota jemaah menteri, seolah-olah sudah kehilangan pula semangat ‘en bloc’ itu,” coretnya.
Shahrir dipercayai mengambil kira kedudukan Umno dan BN paling ramai dalam gabungan itu, 39 daripada 42 kerusi.
Selain
itu, Shahrir mempersoalkan mengapa Umno Sabah ditinggalkan begitu
sahaja tanpa penglibatan pemimpin mereka di peringkat persekutuan.
“Kalau Bung (Mokhtar Radin) tidak boleh dilantik oleh kerana sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah, Datuk Mohamed yang baru menang di PRK Kimanis layak untuk jadi seorang timbalan menteri.”
Faktor seterusnya pula dirasakan Shahrir sesuatu yang ‘mencolok mata’ apabila sekumpulan enam wakil BN sebelum ini mengisytiharkan sokongan terhadap kepimpinan DrvMahathir dilantik menganggotai Kabinet Muhyiddin.
“Tapi juga portfolio yang dipegang mereka macam tidak dirundingkan dan seolah terserah sahaja kepada budi bicara PM yang naik di atas sokongan BN dan PAS.
“Kerajaan baru ini kerajaan Muhyiddin,” tulis Shahrir, menganggap kerajaan ini masih baru dan beliau mengambil langkah tunggu dan lihat.
Catatan yang dikongsikan Shahrir di laman Facebook itu sempena kunjungan beliau ke pejabat Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki petang semalam.
“Saya merasakan Asyraf merasa lebih lega dengan keadaan itu. Kerajaan baru ini tidak diterajui oleh Umno, BN dan Muafakat Nasional (Umno dan PAS) tetapi oleh PPBM bersama kumpulan Azmin Ali dari PKR.
“Jadi kelegaan Asyraf itu saya fahami,” katanya
Menurut bekas menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, pada asalnya gabungan politik itu kerjasama antara BN dan PAS dengan Parti Peribumi Bersatu (PPBM) serta kumpulan diterajui Datuk Seri Azmin Ali dibuat secara “en bloc” kini menimbulkan tanda tanya padanya.
“Tetapi apabila tiba kepada peringkat perlantikan anggota jemaah menteri, seolah-olah sudah kehilangan pula semangat ‘en bloc’ itu,” coretnya.
“Kalau Bung (Mokhtar Radin) tidak boleh dilantik oleh kerana sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah, Datuk Mohamed yang baru menang di PRK Kimanis layak untuk jadi seorang timbalan menteri.”
Faktor seterusnya pula dirasakan Shahrir sesuatu yang ‘mencolok mata’ apabila sekumpulan enam wakil BN sebelum ini mengisytiharkan sokongan terhadap kepimpinan DrvMahathir dilantik menganggotai Kabinet Muhyiddin.
“Tapi juga portfolio yang dipegang mereka macam tidak dirundingkan dan seolah terserah sahaja kepada budi bicara PM yang naik di atas sokongan BN dan PAS.
“Kerajaan baru ini kerajaan Muhyiddin,” tulis Shahrir, menganggap kerajaan ini masih baru dan beliau mengambil langkah tunggu dan lihat.
Catatan yang dikongsikan Shahrir di laman Facebook itu sempena kunjungan beliau ke pejabat Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki petang semalam.
“Saya merasakan Asyraf merasa lebih lega dengan keadaan itu. Kerajaan baru ini tidak diterajui oleh Umno, BN dan Muafakat Nasional (Umno dan PAS) tetapi oleh PPBM bersama kumpulan Azmin Ali dari PKR.
“Jadi kelegaan Asyraf itu saya fahami,” katanya
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.