Siar karya di media sosial, Fahmi Reza tegur pentadbir DAP
KUALA LUMPUR, — Fahmi Reza menggesa pentadbir akaun Twitter
DAP agar tidak “mencuri” hasil kerjanya untuk dimuatkan media sosial.
Kartunis politik menggesa perbuatan itu dihentikan menerusi satu kiriman di Twitter.
“Kamu boleh RT (ulang kicau) tweet asal di platfom rasmi
media sosial anda. Bukan susah sangat. Berhenti curi dan ambil pereka
grafik sendirilah,” coret Fahmi.
Menerusi semakan, didapati gambar lukisan peti kabinet, merujuk kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin karya Fahmi yang dikongsikan laman sosial rasmi parti politik itu.
Bagaimanapun,
perkongsian di Twitter dan Facebook mendapati pentadbir laman
menyatakan sumber gambar dipetik daripada Fahmi sendiri.
Pengikut seperti Aleksis dan Wuchyi menyedari hal itu turut menegur Fahmi yang mungkin terlepas pandang.
“Jelas mereka kredit pada anda dalam hantaran mereka dan oleh kerana kamu tidak spesifik apakah lesen yang dipegang, saya rasa mereka buat perkara yang betul,” tulis Wuchyi.
“Saya rasa mereka (DAP) adalah sasaran senang sejak semua orang benci mereka? Apa kena dengan kamu Fahmi,” tulis AleksisN1 pula.
Fahmi turut membalas komen tersebut di bebenang, menurutnya bukan itu yang ditekankan.
“Ianya bukan karya rekaan milik kamu. Sama ada mereka dengar dan hormati permintaan pereka yang komplen pada mereka tentang karya rekaan mereka yang digunakan tanpa permisi, ataupun mereka tidak dengar dan tidak hormati dan buat bodoh. Terpulang,” balas Fahmi.
Tambah Fahmi, cara menghormati karya asal seseorang pereka ialah dengan ulang kicau (retweet) dan bukan disiar semula (repost).
Hantaran Fahmi mendapat 956 tanda suka dan 321 ulang kicau.
Di kalangan peminat lain, ada yang menasihatinya agar tidak terlalu ‘koyak’ dengan isu tersebut dan kembali ‘troll’ mereka sebagaimana kebiasaan dibuatnya.
“Kaukan acah-acah non partisankan, jadi troll sajalah diorang.
“Bosan dengan hasil seni pintu belakang lapok kau tu,” tulis Lemon Pedas.
Kartunis politik menggesa perbuatan itu dihentikan menerusi satu kiriman di Twitter.
Menerusi semakan, didapati gambar lukisan peti kabinet, merujuk kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin karya Fahmi yang dikongsikan laman sosial rasmi parti politik itu.
“Jelas mereka kredit pada anda dalam hantaran mereka dan oleh kerana kamu tidak spesifik apakah lesen yang dipegang, saya rasa mereka buat perkara yang betul,” tulis Wuchyi.
“Saya rasa mereka (DAP) adalah sasaran senang sejak semua orang benci mereka? Apa kena dengan kamu Fahmi,” tulis AleksisN1 pula.
Fahmi turut membalas komen tersebut di bebenang, menurutnya bukan itu yang ditekankan.
“Ianya bukan karya rekaan milik kamu. Sama ada mereka dengar dan hormati permintaan pereka yang komplen pada mereka tentang karya rekaan mereka yang digunakan tanpa permisi, ataupun mereka tidak dengar dan tidak hormati dan buat bodoh. Terpulang,” balas Fahmi.
Tambah Fahmi, cara menghormati karya asal seseorang pereka ialah dengan ulang kicau (retweet) dan bukan disiar semula (repost).
Hantaran Fahmi mendapat 956 tanda suka dan 321 ulang kicau.
Di kalangan peminat lain, ada yang menasihatinya agar tidak terlalu ‘koyak’ dengan isu tersebut dan kembali ‘troll’ mereka sebagaimana kebiasaan dibuatnya.
“Kaukan acah-acah non partisankan, jadi troll sajalah diorang.
“Bosan dengan hasil seni pintu belakang lapok kau tu,” tulis Lemon Pedas.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.