https://critoxium.com/shop/

Terkini

Sang Hero Umno Dilupakan

Oleh Mohd Sayuti Omar

Selain tiga tokoh Pas yang dicicirkan dalam kabinet Muhyiddin Yassin; Abdul Hadi Awang, Nik Abduh Nik Aziz, Nik Zawawi Nik Salleh, ada beberapa nama lain lagi rupa-rupa tidak terbilang oleh Muhyiddin. Nama-nama ini tidak sepatut dilupakan memandangkan pengalaman dan peranan mereka menjulang Melayu di pentas politik.

Apakah mereka juga tidak lepas saringan SPRM dan PDRM? Mereka yang dimaksudkan itu ialah:
1. Tajuddin Rahman.
2. Ahmad Maslan.
3. Shahidan Kassim.
4. Azalina Othman Said.
5. Noh Omar.


Mereka ini adalah orang lantang memperjuangkan Melayu dan mengkritik DAP.

Mereka juga membentuk momentum kebencian segelintir rakyat kepada kerajaan PH.

Misalnya Tajuddin orang bertanggungjawab mengerah orang puluhan ribu di Pasir Salah, bagi menjayakan Muafakat Nasional bersama Pas.

Ahmad Maslan pula setiap hari dan setiap malam berpantun mengkritik dan mempersendakan kerajaan PH. Sayang tidak patut apabila mereka tidak menjadi anggota kabinet.

Apapun ada baik juga mereka tidak masuk kabinet kerana mereka akan jadi backbancher dalam parlimen nanti untuk menangkis dan menyanggah serangan pembangkang. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.