BPN: Tarikh akhir mohon rayuan 30 April
CYBERJAYA,— Semua permohonan baharu dan rayuan bagi Bantuan
Prihatin Nasional (BPN) hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 30 April
ini, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menurut LHDN, isi rumah atau individu bujang yang
memenuhi kriteria yang ditetapkan tetapi tidak tersenarai atau tidak
lulus BPN boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my.
“Setiap permohonan baharu dan rayuan yang diterima akan mula diproses pada bulan Mei 2020. Bagi permohonan yang lulus, bayaran secara sekali gus juga akan dilakukan pada bulan Mei 2020,” kata LHDN dalam kenyataan hari ini.
LHDN
berkata pemohon boleh merujuk soalan lazim (FAQ) BPN yang dimuat naik
pada portal rasmi BPN untuk mendapatkan maklumat lanjut atau klik pada
capaian pantas di sini.
Sebarang
pertanyaan berkaitan perkara itu boleh diajukan kepada LHDN melalui
Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara);
HASiL Live Chat; borang maklum balas di portal rasmi LHDN atau melalui
laman Facebook dan Twitter LHDN. — Bernama
“Setiap permohonan baharu dan rayuan yang diterima akan mula diproses pada bulan Mei 2020. Bagi permohonan yang lulus, bayaran secara sekali gus juga akan dilakukan pada bulan Mei 2020,” kata LHDN dalam kenyataan hari ini.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.