Usah pandang ringan risiko jangkitan tempah makanan
Oleh Dr Saiful Irwan Zubairi
PEMBELIAN atau tempahan produk makanan siap bungkus dan mudah sedia melalui penghantaran terus atau take away sudah menjadi fenomena biasa masyarakat.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, permintaan tempahan atau pembelian melalui kaedah ini terus melonjak secara drastik.
Pada masa sama, pengguna mula memikirkan tahap keselamatan makanan tempahan adakah benar-benar bebas daripada sebarang kontaminasi atau pencemaran silang yang boleh membawa risiko kesihatan.
Apakah risiko keselamatan bakal dihadapi pengguna dalam konteks produk makanan tempah siap bungkus dan mudah sedia?
Menurut Food and Drug Administration (FDA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga kini, tiada hubungan terus jangkitan COVID-19 melalui sumber makanan dan produk makanan mudah sedia (pembungkusan dan penyediaan segar) terhadap manusia dilaporkan mana-mana kajian dari negara berwabak.
Ini dibuktikan oleh laporan Kementerian Kesihatan (KKM), masih belum ada kes membabitkan penghantar makanan positif COVID-19. Ini menunjukkan semua pengusaha penyediaan makanan tidak kira konglomerat besar, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau individu di negara ini mengamalkan langkah keselamatan penting dalam mengurangkan risiko pencemaran silang.
Ia kesedaran mendadak yang membanggakan sejak PKP dilaksanakan, terutama dalam kalangan pengusaha produk makanan individu yang sedar implikasi jika amalan kebersihan baik (GHP) tidak dilaksanakan dengan sempurna.
Menurut Pengarah Komunikasi Teknologi Pemprosesan Makanan, International Food Information Council (IFIC), Dr Tamika Sims, pihak penguatkuasaan kesihatan menyatakan tiada bukti makanan atau pembungkusan makanan menjadi agen penyebaran coronavirus.
Meskipun risiko jangkitan COVID-19 daripada punca makanan dan pembungkusan sangat kecil, ia tidak boleh dipandang ringan atau menganggap risikonya mustahil.
Kajian membuktikan coronavirus boleh hidup sehingga 24 jam di atas kadbod dan sehingga dua ke tiga hari di atas permukaan plastik serta besi tahan karat selepas bersentuhan.
Oleh itu, perkara utama mengelakkan jangkitan adalah dengan membasuh tangan menggunakan sabun atau sanitizer sebelum dan selesai menguruskan sebarang bungkusan.
Jika dilihat aspek pengurusan restoran yang menyediakan khidmat penghantaran produk makanan di negara ini, kebanyakannya banyak memainkan peranan mengamalkan protokol pengendalian makanan bersih bagi mengelak bukan sahaja COVID-19, malah kuman lain.
Amalan itu, termasuk mengarahkan pekerja bergejala tidak ke tempat penyediaan makanan, memakai pakaian khas di lokasi pemprosesan kering dan basah seperti apron, sarung tangan dan jaring rambut serta memastikan semua permukaan bersentuhan makanan dicuci dengan kerap.
Pihak restoran juga tidak bertolak ansur dalam aspek keselamatan makanan, mempertingkatkan lagi protokol dengan lebih ketat.
Bagaimanapun, beberapa langkah penting boleh dilakukan pengguna untuk kurangkan risiko pendedahan jangkitan ketika membuat tempahan makanan.
Pertama, pengguna boleh menghubungi terus pemilik restoran dan penjual. Kaedah ini amat digalakkan kerana pengguna boleh mendapatkan maklumat ringkas berhubung langkah proaktif diambil, selain meningkatkan tahap kebolehpercayaan pengguna.
Pertanyaan merangkumi peraturan membasuh tangan, pemakaian penutup muka bagi pekerja, cara pembungkusan makanan dan apa yang pihak pengusaha lakukan jika ada pekerja mereka bergejala atau sakit.
Pengguna juga boleh memeriksa laman sesawang dan media sosial pengusaha yang membuat pemberitahuan ketika protokol perlindungan tambahan.
Kedua, pengguna boleh memohon prapembungkusan perkakasan plastik steril. Kebiasaannya pembeli tidak akan meminta perkakasan plastik prabungkus seperti sudu garpu disteril, sebaliknya menggunakan perkakasan sendiri.
Oleh itu, pengguna boleh meminta restoran berkenaan menyediakan pek prapembungkusan dan mengelak daripada meletak sudu garpu yang tidak disteril di atas makanan atau dalam plastik pembungkusan makanan.
Bagaimanapun, pengguna tidak disaran melaksanakan sanitasi pek pembungkusan makanan sebelum membukanya.
Cecair pencucian kebanyakannya mengandungi bahan kimia hydrogen peroxide yang jika mencemari makanan, boleh mendatangkan kesan keracunan.
Seeloknya, basuh tangan hanya selepas menguruskan pek makanan sebelum bersedia untuk dimakan. Pengguna juga digalakkan untuk mengelap permukaan bekas makanan dengan cecair sabun pada kadar berpatutan dan dibilas dengan air agar tiada tinggalan sabun pada permukaannya yang boleh mendatangkan toksik jika tertelan.
Ketiga, mengurangkan penggunaan wang kertas. Ramai tidak menyedari wang kertas turut menjadi agen penyebaran kuman. Disebabkan kerap bertukar tangan, ia boleh diklasifikasikan sebagai bahan tercemar paling mudah tersebar jika bersentuhan.
Jika mengendalikan wang kertas, disarankan membasuh tangan dengan sabun sebelum makan. Sekiranya perlu menggunakan wang kertas, sediakan dalam jumlah tepat dan letakkan dalam sampul serta basuh tangan terus selepas memegang wang.
Justeru, lebih baik menggunakan pembayaran dalam talian sebelum menerima pesanan daripada penghantar makanan atau menggunakan e-dompet.
Penulis adalah Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.