Afdlin anggap wakil rakyat bertengkar ‘sampah’, rakyat mula muak dengan politik
KUALA LUMPUR, — Kekecohan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun)
Melaka susulan pertengkaran membabitkan beberapa ahli dewan undangan
negeri (Adun) menarik perhatian pelakon dan pengarah Datuk Afdlin
Shauki.
Afdlin memuat naik video pertengkaran itu di media sosial
mengkritik sikap ditunjukan Adun terlibat sambil mempersoalkan
kewibawaan mereka sebagai ahli politik.
“Ahli politik apa ni? Siapa ambil peduli dengan politik bila yang memerintah perangai macam gangsterdan bukan pemikir. Macam bagus semuanya tapi perangai macam sampah,” katanya di Instagram.
Semalam,
sidang Dun Melaka kecoh selepas berlaku beberapa insiden pertengkaran
membabitkan beberapa Adun kerajaan, pembangkang dan bebas.
Antara
insiden mencuri tumpuan termasuk pertikaman lidah membabitkan Adun
Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Adun Kota Laksamana,
Low Chee Leong.
Norhizam dilihat memaki hamun Chee Leong dengan perkataan “b*bi” sambil dibalas Adun Kota Laksamana itu yang menuduh bekas wakil rakyat Dap itu sebagai ‘pengkhianat.’
Kebanyakan warga maya kesal dengan sikap ditunjukkan wakil rakyat terlibat selain berharap mereka dapat mengawal tingkah laku apatah lagi ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.
“Ahli politik apa ni? Siapa ambil peduli dengan politik bila yang memerintah perangai macam gangsterdan bukan pemikir. Macam bagus semuanya tapi perangai macam sampah,” katanya di Instagram.
Norhizam dilihat memaki hamun Chee Leong dengan perkataan “b*bi” sambil dibalas Adun Kota Laksamana itu yang menuduh bekas wakil rakyat Dap itu sebagai ‘pengkhianat.’
Kebanyakan warga maya kesal dengan sikap ditunjukkan wakil rakyat terlibat selain berharap mereka dapat mengawal tingkah laku apatah lagi ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.