Isu harga ayam, Fahmi kritik kenyataan Rosol lemah
PETALING JAYA, ― Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil
mengkritik kenyataan dikeluarkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid berhubung
pemantauan harga ayam mentah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Jelas Fahmi, menteri dan timbalan menteri seharusnya memainkan peranan lebih tuntas bagi memastikan para peniaga tidak menaikkan harga secara sesuka hati sehingga membebankan pengguna.
“Kenyataan yang malas. Menteri dan timbalan menteri perlu
turun padang ambil tindakan untuk pastikan harga turun kembali. Raya
sudah dekat,” katanya di Twitter.
Semalam, Rosol meminta para pengguna agar bijak membuat pilihan dalam mendapatkan ayam mentah dengan membeli di kedai yang menawarkan harga lebih murah, lapor Harian Metro.
Katanya, hasil pemantauan mendapati harga ayam di pasar raya jauh lebih murah jika dibandingkan di pasar.
Sementara
itu, Rosol turut mengingatkan pengguna agar tidak memboikot pembelian
ayam memandangkan tidak semua peniaga menjual barangan mentah itu dengan
harga tinggi.
Jelas Fahmi, menteri dan timbalan menteri seharusnya memainkan peranan lebih tuntas bagi memastikan para peniaga tidak menaikkan harga secara sesuka hati sehingga membebankan pengguna.
Semalam, Rosol meminta para pengguna agar bijak membuat pilihan dalam mendapatkan ayam mentah dengan membeli di kedai yang menawarkan harga lebih murah, lapor Harian Metro.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.