Usop Wilcha mohon undian di Dewan Rakyat tentukan sokongan kepada Muhyiddin
KUALA LUMPUR, Pelakon Usop Wilcha terus
membangkitkan mengenai isu pelantikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin dan peralihan kerajaan pada Mac lalu.
Memuat naik kenyataan di Twitter, Usop atau nama sebenar Syed Mohamad Asri Syed Zainal Abidin Jamalullail mendesak agar undian diadakan di Dewan Rakyat bagi menentukan sokongan terhadap Muhyiddin.
Jelasnya, undian di Parlimen penting sebagai bukti kukuh
bahawa kerajaan pada hari ini telah mendapat sokongan majoriti daripada
Dewan Rakyat.
“Mandat diberi kepada ahli parlimen (MP) undian peribadi. Suara/hasrat diserah kepada MP kami. Kami hanya mampu luah di platform ini (media sosial).
“Andai
terbukti sokongan majoriti teruskan undian di Parlimen sebagai bukti.
Jadi anak jantan yang sejati. Lambat laun sokongan diberi demi negara
yang kami cintai,” katanya di Twitter.
Semalam, Yang
di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
bertitah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen
ke-14 bahawa Muhyiddin layak dilantik sebagai perdana menteri selepas
mendapat kepercayaan majoriti ahli parlimen.
Al-Sultan Abdullah turut bertitah bahawa baginda telah menggalas amanah dengan telus dalam urusan pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri.
Memuat naik kenyataan di Twitter, Usop atau nama sebenar Syed Mohamad Asri Syed Zainal Abidin Jamalullail mendesak agar undian diadakan di Dewan Rakyat bagi menentukan sokongan terhadap Muhyiddin.
“Mandat diberi kepada ahli parlimen (MP) undian peribadi. Suara/hasrat diserah kepada MP kami. Kami hanya mampu luah di platform ini (media sosial).
Al-Sultan Abdullah turut bertitah bahawa baginda telah menggalas amanah dengan telus dalam urusan pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.