Kedah pula jatuh? 'Sidang media khas' tengah hari ini
Dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dijangka membuat
pengumuman yang bakal memberi kesan kepada kedudukan kerajaan negeri
pimpinan Mukhriz Mahathir.
Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasrudin (Lunas) pagi ini mengeluarkan undangan ke “sidang media khas” pada jam 12 tangah hari ini.
Seorang pegawai Ling memberitahu Malaysiakini bahawa acara tersebut adalah tentang “kedudukan” mereka dalam kerajaan negeri.
Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) Kedah turut mengeluarkan satu jemputan “sidang media khas”, dijadualkan berlangsung jam 3 petang ini.
Jemputan media itu memperincikan bahawa acara tersebut bakal diadakan di Kompleks PAS Kedah.
Minggu
lalu, Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya membuat kenyataan bahawa
perubahan kerajaan negeri Kedah “sudah tidak dapat dielakkan lagi” dan
mendakwa PH tempang di Kedah dan hilang majoriti.
Malah, Ahmad turut menyatakan bahawa Kedah bersedia untuk menerajui pentadbiran Kedah.
Mukhriz yang juga timbalan presiden Bersatu, mengekalkan kerajaan PH di Kedah meskipun presiden parti Muhyiddin Yassin telah membawa Bersatu keluar daripada gabungan itu untuk membentuk PN bersama-sama BN, PAS, GPS dan wakil bebas.
Mukhriz mencabar Muhyiddin untuk jawatan presiden dalam pemilihan parti yang kini tertangguh gara-gara Covid-19.
Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasrudin (Lunas) pagi ini mengeluarkan undangan ke “sidang media khas” pada jam 12 tangah hari ini.
Seorang pegawai Ling memberitahu Malaysiakini bahawa acara tersebut adalah tentang “kedudukan” mereka dalam kerajaan negeri.
Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) Kedah turut mengeluarkan satu jemputan “sidang media khas”, dijadualkan berlangsung jam 3 petang ini.
Jemputan media itu memperincikan bahawa acara tersebut bakal diadakan di Kompleks PAS Kedah.
Buat
masa ini, Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir mempunyai 19 kerusi
berbanding 17 kerusi untuk Umno dan PAS- kelebihan dua kerusi. Jika
lebih seorang dari PH keluar parti, kerajaan negeri akan tumbang.
Malah, Ahmad turut menyatakan bahawa Kedah bersedia untuk menerajui pentadbiran Kedah.
Mukhriz yang juga timbalan presiden Bersatu, mengekalkan kerajaan PH di Kedah meskipun presiden parti Muhyiddin Yassin telah membawa Bersatu keluar daripada gabungan itu untuk membentuk PN bersama-sama BN, PAS, GPS dan wakil bebas.
Mukhriz mencabar Muhyiddin untuk jawatan presiden dalam pemilihan parti yang kini tertangguh gara-gara Covid-19.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.