https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pakatan Harapan terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak


Parti Amanah Negara (AMANAH) menyambut baik pandangan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyifatkan parti itu perlu kembali bersama Pakatan Harapan (PH).

Keutuhan gabungan bersama Pakatan Harapan merupakan tunjang dan kekuatan dalam menghadapi segala krisis yang melanda negara dan pada masa yang sama berhadapan kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional.

AMANAH percaya Pakatan Harapan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendukung tinggi prinsip integriti serta tajdid, yang diperjuangkan Pakatan Harapan selama ini.

Walau bagaimanapun, AMANAH berpandangan perkara tersebut wajar dibincang dan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH.

KESTABILAN MEMACU KEMAKMURAN BERSAMA

MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
6 Mei 2020

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.