SUNGGUH hairan sekali. Tatkala Pakatan Harapan (PH) tidak lagi
memegang tampuk pemerintahan negara, masih ada kelompok yang galak
menuding jari kepada DAP, salah satu parti komponen PH, sebagai punca
sebarang satu permasalahan negara ini.
Seolah-olah PH masih memerintah negara ketika ini. Fitnah di jendela-jendela WhatsApp dan Telegram berleluasa dengan teori-teori konspirasi yang umum tahu tidak berasas.
Tidak lupa juga laman-laman media sosial milik sesetengah pihak yang
mencanangkan komplot bayangan rampasan kuasa terhadap kerajaan Perikatan
Nasional (PN).
Serangan demi serangan ditujukan kepada DAP, termasuklah baru-baru
ini kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang oleh Menteri Kanan Mohamed Azmin
Ali.
Jelas sekali tindakan menteri di Twitter itu merupakan cubaan untuk
menutup kelemahan beliau sendiri dalam kepincangan pengurusan dan
koordinasi industri di saat dan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin
bersungguh-sungguh mahu membuka semula ekonomi negara.
Mujur sekali, rata-rata masyarakat Malaysia tidak mudah termakan muslihat ini.
Bahkan, kebanyakan serangan yang disebut di atas adalah cubaan
terdesak pendokong PN untuk menutup pekung di dada mereka. Sekadar
penyedap hati masing-masing.
Hakikatnya, gabungan PN di kala ini ibarat retak menanti belah.
Mereka sedang dirundung seribu macam masalah yang boleh membahayakan
kelangsungan politik mereka:
Baru-baru ini, Majlis Tertinggi Umno menolak cadangan penubuhan PN.
Hal ini juga adalah rentetan kenyataan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, sendiri yang menafikan penyertaan Umno ke dalam PN.
Beliau turut menyatakan PN bukanlah sebuah badan yang sah kerana tidak berdaftar.
Cadangan Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir supaya parti itu
kembali ke pangkuan PH dan juga keputusan sayap Pemuda Bersatu (Armada)
menolak kerjasama dengan Umno.
Pelawaan anggota Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman kepada
Muhyiddin untuk menyertai parti Umno supaya beliau kekal menjadi perdana
menteri.
Ini hanyalah secebis daripada sebilangan contoh pergeseran antara
anggota-anggota PN. Lebih banyak lagi yang kita boleh lihat daripada
laporan berita setiap hari.
Ternyata, tiada faktor luaran atau langkah hotel mewah yang sedang
diatur oleh seteru politik PN. Tiada pihak luar yang mencetuskan
mencetuskan perbalahan ini. Malah ini semua terjadi kerana persaingan
dalaman mereka sendiri.
Mungkin Muhyiddin rasa beliau boleh mendamaikan pergeseran-pergeseran ini dengan membuat lantikan politik semata-mata.
Maklumlah, saban hari, ada sahaja ahli politik PN yang dilantik
memegang jawatan di syarikat berkaitan kerajaan atau badan berkanun.
Namun, ketidakpuasan akar umbi mereka sedang membuak-buak.
Taburlah sebanyak mana pun habuan politik kepada golongan yang
berselisih ini. Lambat-laun ia tidak akan dapat menampal retak-retak
gabungan rapuh PN yang semakin terserlah
Perikatan Nasional: Retak menanti belah
Reviewed by editorreformis
on
Mei 10, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Haji Mohd Anuar Tahir berkata, AMANAH yang dikatakan sebuah parti nyamuk suatu ketika dahu...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.