Ulangtahun 9 Mei, Malaysia kenang peluang yang hilang
Oleh
DUA tahun selepas pilihan raya umum yang paling bersejarah, Malaysia malangnya kehilangan peluang untuk menjadi kuasa demokrasi paling kukuh dan mewujudkan ekonomi lebih adil dan saksama.
Mengenang ulang tahun kedua PRU14, ahli akademik, penganalisis dan kumpulan masyarakat madani menangisi kenyataan bahawa janji-janji yang diikrar, menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei, tetap tidak dipenuhi hingga ke hari ini.
Janji yang tidak tertunai ini bukan hanya kerana gabungan Pakatan Harapan, yang berkuasa pada PRU14, digulingkan dalam rampasan kuasa tak berdarah oleh sekumpulan pengkhianat dan pesaing politik.
Dalam masa 22 bulan berkuasa, Pakatan sendiri menolak untuk mendukung reformasi dan keluhuran undang-undang yang akan menjadikan institusi-institusi negara menjadi bebas dan mampu menentang ahli politik yang tidak bertanggungjawab.
Tidak menjadi teknokrat dan pentadbir yang lebih baik daripada saingannya Barisan Nasional dan PAS, para pemimpin Pakatan diganggu dengan pertelingkahan dalaman dan perebutan kuasa, kata ahli ekonomi politik Prof Edmund Terence Gomez.
Pertikaian inilah yang memuncak pada 23 Februari, sehingga “langkah Sheraton” diambil, kira-kira 30 ahli Parlimen daripada parti komponen Bersatu dan PKR meninggalkan Pakatan sehingga menyebabkan gabungan politik itu runtuha.
Sebagai gantinya, pembelot Pakatan membina gabungan baru yang terdiri daripada ahli Parlimen Bersatu dan bekas pesaingnya, Umno, MCA, MIC dan PAS.
Yang menjadi kebimbangan ketika ini ialah apakah semua pencapaian Pakatan akan dihentikan oleh Perikatan Nasional (PN) kerana ia terdiri daripada Umno - sebuah parti berasaskan kaum yang menyaksikan pemimpin utamanya ketika ini masih menjalani proses mahkamah di atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Aktivis anti-rasuah Cynthia Gabriel masih merasa dikhianati oleh pemimpin seperti Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali.
Muhyiddn adalah presiden Bersatu dan sekarang menjadi perdana menteri PN sementara Azmin adalah bekas timbalan presiden PKR, yang kini menjadi menteri kanan dalam PN.
Kedua-duanya bertempur bersama rakan-rakan Pakatan mereka pada PRU14 untuk mengalahkan Umno dan sekutunya dalam Barisan Nasional, namun kedua-dua mereka juga dikenali sebagai arkitek ‘langkah Sheraton’.
“Kami masih marah kerana langkah Sheraton menjadikan orang-orang yang mengamalkan rasuah kembali berkuasa. Mereka adalah orang-orang yang dijatuhkan oleh rakyat Malaysia pada PRU14,” kata Gabriel dari Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).
Pencapaian dibatalkan dengan mudah
Dalam ucapannya pada ulang tahun pertama PRU14 tahun lalu, Perdana Menteri dan Pengerusi Pakatan ketika itu, Dr Mahathir Mohamad mengatakan, gabungan tersebut telah memenuhi 39.01% daripada janji-janji yang dibuat dalam manifesto Buku Harapan.
Usaha Pakatan untuk membanteras rasuah dan pembaziran dalam sektor awam menyaksikan skor Malaysia bertambah baik dalam indeks persepsi rasuah global oleh Transparency International pada 2018 dan 2019.
Ini termasuk pendakwaan mereka yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan reformasi dalam badan berkanun seperti Tabung Haji dan Felda.
Gabungan itu juga berpendapat bahawa komitmennya terhadap pentabiran yang telus dan reformasi institusi telah berjaya mendapatkan kepercayaan para pelabur apabila pelaburan asing meningkat sebanyak 250% dalam sembilan bulan pertama 2018.
Namun semua pencapaian Pakatan itu boleh dibatalkan PN kerana gabungan itu tidak dikodifikasi menurut undang-undang, kata aktivis reformasi pilihan raya Thomas Fann.
“Pembaharuan kecil yang dibawa oleh Pakatan tidak dikodifikasikan dalam undang-undang dan akibatnya negara berisiko kembali ke pra-PRU14 kali,” kata Fann, pengerusi Bersih 2.0.
“Kami belum mengetahui apakah pemerintah PN memiliki komitmen untuk meneruskan reformasi Pakatan kerana mereka kini fokus untuk tangani krisis koronavirus. Tetapi ada kebimbangan bahawa kita akan kembali ke zaman BN,” kata Fann.
Sebagai contoh, selama beberapa minggu terakhir, PN telah melantik sejumlah anggota parlimennya dari Umno ke posisi strategik di syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun, suatu amalan yang dikritik ketika BN memerintah.
Pakatan mengambil masa terlalu lama untuk membuat undang-undang yang akan menjadikan pembaharuan yang dilakukan mereka kekal seperti mencairkan kuasa perdana menteri untuk melantik pegawai jabatan kritikal seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketua polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mengecewakan negara
Terence Gomez dari Universiti Malaya, menyuarakan sentimen ini, beliau berkata bahawa Pakatan juga turut meneruskan beberapa amalan era BN ini seperti melantik jawatan GLC kepada orang politik yang setia kepada mereka.
Menteri-menteri dalam Bersatu, PKR, DAP dan Amanah cenderung bekerja secara solo dan tidak berkomunikasi antara satu sama lain dalam membuat dasar yang bermakna, katanya.
“Di manakah dasar ekonomi baru? Kita mendapat Wawasan Kemakmuran Bersama tetapi itu adalah wawasan bukannya dasar yang konkrit,” kata Gomez merujuk kepada gagasan pembangunan untuk 10 tahun yang dilancarkan Dr Mahathir tahun lalu.
Kritikan lain terhadap WKM2030 adalah bahawa ia mengambil pendekatan berdasarkan kaum dan bukan pendekatan berdasarkan keperluan seperti yang dijanjikan oleh Pakatan untuk mengakhiri politik perkauman.
“Masalahnya ialah mereka kurang berkomunikasi antara satu sama lain. Golongan elit sibuk berseteru antara satu sama lain,” katanya merujuk kepada pertengkaran berterusan antara puak-puak yang diketuai Dr Mahathir, presiden PKR Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.
WKM2030 adalah contoh kurangnya komunikasi ini, kata Terence Gomez sebagai rancangan ekonomi, ia seharusnya mendapat input dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Kewangan dan Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
“Sebaliknya itu adalah kerja satu parti sahaja. Mereka mempunyai cukup waktu untuk merancang jika mereka mengetepikan perbezaan politik mereka dan bekerjasama. “
Pada akhirnya, perseteruan ini menghancurkan Pakatan ketika Azmin dan Muhyiddin membawa penyokong mereka keluar dari gabungan itu dan melaksanakan langkah Sheraton dan membentuk kerajaan dengan Perikatan.
“Pakatan telah diberi peluang yang jelas untuk bangunkan semula dan ubah Malaysia ke arah mewujudkan ekonomi yang adil. Tetapi mereka telah mengecewakan negara.”

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.